19 Feb 2013

Terminate dia!

Salam...
Dah lama jugak x update blog nih..
Byk bnde jadi sejak aku jadi org yg mnguruskan hal2 pekerja..
Pekerja datang & pergi itu lumrah..
Pekerja baik & tidak itu juga lumrah..

Tapi..semalam aku terkejut dgn panggilan bos aku.. "salam,nurul..awak kt mane?" ..lalu aku jwab soalan bos; "sy kt office,nape ye?".. "sy nk awak wat surat notis 24jam dari sekarang kat bdk A***** tu.."

"Nape dgn dia?"
"Dia bawak mulut dgn keluarga saya..anak sy dah bergaduh dgn mak ngah dia?" Terminate budak tu..bg dia notis 24jam. Esok ckp pd dia xperlu dtg kerja lagi." Suara bos dgn nada separa marah.

Aku terkejut juga..angin xde ribut xde..tetibe suruh aku wat surat notis 24jam berhenti kerja pada pkerja kontrak 3 bulan tersebut. Pening jugak kepala pikir. Bila ditanya apakah sebab yang membuatkan notis berhenti dikeluarkan, adalah diatas sebab etika kerja..tak perform! Katanya...

Dengan badan yang berasa berapa nak sihat..yang demam lagi menggigil..aku cerita segalanya pada manager. Mana tahu dia boleh memberi pendapat. Alhamdulilah sll,selang berapa minit kemudian bos telefon manager. Beritahu perkara yang sama. Aku dan manager terdiam sejenak memikirkan apakah sebab yang menjadikan situasi berada dalam keadaan yang agak PANAS dan mengelirukan.

Mahu atau tidak aku dan manager turuti perintah bos. Ikutkan aje. Kalau tidak ikut akan dikata belakang pula. Aku deraf surat notis yang dihajati. Aku cetak & beri pada manager utk disemak isi kandungan notis. Diperbetulkan & di hantar imej notis pada bos.

Apa jadi pada budak yang terima notis 24jam tu?

Aku x tahu apa2,sbb aku hanya bekerja separuh hari semalam. Maka, semua hal berikutan notis itu aku serahkan pada manager.

Keesokkannya aku tanya manager. Surat notis tu x diberi pun pada budak tu. Aku tanya lagi perihal sebab kejadian. Manager kata semua yang terjadi adalah disebabkan perkara kecil.

Aku dah agak dah. Ceritanya, si anak buah muka masam (mungkin tgh dtg bulan) ketika si ibu saudara datang ke premis berniaga. Lalu si pekerja yang malang bertanya beberapa hari di premis berniaga cawangan lain terhadap si ibu saudara, kenapa si anak saudara mukanya masam ketika ibu saudaranya datang?. Hanya dengan 1 soalan. Si ibu saudara melulu serang marah2 anak saudara,tidak berpuas hati dgn masam muka anak saudaranya itu. Anak saudara mengadu perihal sedemikian pada ayahnya. Lalu ayahnya membuat keputusan utk terminate si pekerja yang malang tersebut. (Berkemungkinan la hal tersebut..)

Bagi aku, tidak sepatutnya bos bertindak melulu. Bos adalah contoh pada kami..bos perlu berfikir secara rasional. Tidak melulu menyokong darah daging sendiri atau saudara pertalian sendiri. Selesai dgn cara dengan rasional dan sabar. Pekerja itu hanya bertanya sahaja. Bukan buat mulut mengata2 mahupun melaga2kan pihak keluarga. Hanya sekadar bertanya. Tidak ada niat pun. Bagi aku si ibu saudara pun perlu sabar. Jangan mendefinasikan pertanyaan pekerja itu sebagai satu bualan yang melagakan dua pihak. Takut juga aku bekerja dengan syarikat yang family type ni. Byk betul dugaannya.

Tiada siapa yang salah.. dan tiada siapa yamg silap.. hanya perbuatan & pemikiran yang selalu menyilapkan & menyalahkan diri seseorang itu.

Akhir kata, semua orang harus rasional & munasabah diri. Bukan mudah menjadi yang terbaik dan sempurna, maka jadilah orang yang sentiasa berfikiran terbuka.

Sekian.

P/s; no offence..hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman agar menjadi iktibar dan renungan sesama insan. Wallahu'alam.