6 Jul 2012

::DESCUM COURSE D5 - FINAL::

Salam & ANyeong~~

Hari ni, last day perkampungan kursus descum utk siri 16/12. Nak citer gak pengalaman tido n makan kat hotel selama seminggu.best2 mmg best. bangun je pagi , mandi dan terus g breakfast..breakfast lak macam2 makanan ada..pastu masuk hall dgr talk sikit, wat kije sikit...dlam kol 10 morning tea lak..then, lunch lak at 1 o'clock..mkn macam2 lagi..then, masuk bilik jap lepak2..turun, dlam pukol 6 ptng naik bilik balik, tengok2 bilik dan dikemas oleh housekeeper. ferghhh...berlemak2 la memasing kalau duk hotel. Untuk sehari dua okay la..tapi kalau seminggu rasa x sedap perut aku dibuatnya..makann hotel, tau2 je la..artificially cantik kat luar, persembahan makanan tu lebih menarik dari rasa dan isi kandungan. O mang aih~~ dah macam komen judges rancangan master chef la pulak..

Okay, continue our story..hari ni hari penyampaian sijil bagi semua peserta kursus descum siri 16/12. sorang2 nama dipanggil untuk tampil kehadapan menerima sijil penyertaan kursus oleh Dr.Marzuki dan Pn. Mahani. Supposely orang ciast big boss dtg bagi certificate..tapi disebabkan aral tertentu dia xdapat dtg. xpe la..x kesah la sapa nk bagi pon..yg penting sijil tu aku dapat..heheheheheh!

Acceptance..Dr.Marzuki, ala doc. awat mata tutop.
yang x bley bla ramai ingat aku ni puan..aku cik la!!
Habis je sesi persijilan we ol pon ke session shooting..sebagai kenang-kenangan.nasib baik En.Kamarul, Liza, kak ita ade bawak kamera..xde la ralat sgt klu aku x punya 1 gadget amik gambo pon. Gambo2 ni utk kursus descum ni all credits to them k..(thanks korang...)

paling best, gambo group..
duduk (kiri) : En.Hishamudin, En.Anuar, Dr.Naryan, Dr.Marzuki, Pn.Mahani, Pn.Roziah, Cik Norita, Pn.Rosidah
Tengah (kiri) : Cik Norliza, Pn. Fatimah, Pn.Salbiah, Pn.Zubaidah, Pn.Zuriha, Cik Nurul a.k.a Najwa latif..
Belakang (Kiri) : En.Faizal Khan, En. Rosman, En. Edriel, En.Ali, En.Rashid, En.Kamarul

Gambo2 candid yang lain...

from left, liza-aku-kak zubaidah-kak ita

5 Jul 2012

::DESCUM COURSE D4::

Salam & Anyeong..

Hari ke-4 adalah hari mendebarkan..mendebarkan bagi aku yang kena pegi present 2 benda. Satu SLDN bagi bidang Printing Management tahap 4 & 5. Satu lagi present kerja kumpulan yang dah berapa malam x tido utk siap. 


kak fatimah, kak sidah, ali ..sempat posng gitew..

Kalau present kerja kumpulan utk kursus ni mmg aku x nebes sgt..sbb kalau silap, kalau ditegur ia adalah pelajaran dan ilmu yang perlu diperbaiki dan masukkan dalam pale otak. tapi bagi kes g present utk SLDN (Skim Latihan Dual Nasional) present depan pegawai bertugas dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mmg cuak dibuatnya. al-maklum la..aku g present tu sebagai proofreader. 

Pagi hari ke-4, we ol diberi masa untuk menyiapkan segala2 nya berkenaan dokumen kerja kumpulan..kasi touched-up sikit..pastu after zuhur present. Dalam tgh hari, aku cabut jap kat cyberjaya utk sesi presentation SLDN. dlm kol 4.30 aku chiao balik (going back) ke shah alam utk sesi presentation kerja kumpulan. 

Paling aku rasa survival was tumpang kereta panel expert SLDN printing En.Najib. Thanks En.Najib kerana tumpangkan aku yang berkursus dekat shah alam.tapi kebetulan lak en.najib nak singgah tesco extra shah alam nun. nak beli barang umah..segan x segan..aku kesian an en.kerol ngan kak leen yang dtg amek aku pastu nak g htr balik ke shah alam, then nak reverse balik ke bangi dan seremban.


mmg cam madam...teringat aku ngan madam zura (missed u so much mem)



Sampai je di lokasi kursus, aku pon masuk balik hall..nasib baik aku sempat present. kalau x present maka xdapat la aku sijil kursus kali ni. hhuhu..macam2 bende aku belajar dan take note semasa nak present dokumen noss. Yang paling utama, jangan lupa bentangkan scooping chart, jadual related skill dan knowledge yang telah dipelajari. Bukan tu aje, jangan lupa bersiap sedia dari segi slide dan dokumen yang lengkap semasa hari pembentangan. 

Macam2 gelagat dan cara present kita boleh tgk..ada yang baca je (aku le tuh), ade yang over excited..dll..macam2 drama we ol wat nak kasi sesi presentation tuh hangat dan panas. Our presentation continued until 7.30pm..lama tuh..


dah macam cyber cafe dah...memasing on kan lappy..



So, malam untuk hari ke-4 we ol dah free!!! yeay!! boleh lepak2..nak melepak aku xde cash, gaji tarak masuk lagi..last, jalan kat tesco je.."thanks kak ita, bwk nuyul naik kete g tesco.."
Even g tesco yang dekat wktu mlam je aku dah kena sakat dngn bunian mase tido..mencabar sungguh mimpi aku..tu belom aku g kolam renang kat stadium akuatik tuh..

So, the next day is the final day of DESCUM course. Tomorrow will be certification day. 

See ya!

4 Jul 2012

::DESCUM COURSE D3::


Salam & Anyeong...

Dua post yang lepas pasal hari pertama dan kedua aku join kursus DESCUM. DESCUM ialah Development Standard of Curriculum (lebih kurang gitu la..tepat ke x aku xtau..) untuk hari ke-3, adalah hari yang sangat2 penat. Penat bukan sebab terlalu byk aktiviti luar dan sukan. Tapi aktiviti memerah otak untuk mncari kompetensi individu yang bekerja dalam suatu bidang yang tertentu. Sejak dari hari kedua kursus we ol (participants) telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan. Satu kumpulan kena buat NOSS Tukang Kebun dan satu kumpulan kena buat NOSS Pembantu Rumah…mula2 tu mmg agak perit gak la nak paham..rasa macam nk tercabot isi kepala aku nih.
group works..yg kat whiteboard tu Ali, sebelah aku yang baju biru tu kak roziah..
yang putih tu en.nuar

Tapi, proses pembelajaran xkan dtg dengan sekelip mata. It takes times..tol x. tipu la kalau kata yg korang masa belajar ABC tu sekali sebut je dah kenal abjad. Korang amek masa gak kan? Paling cepat dalam 3 hari atau seminggu. Hehehehe. Camtu gak la klu kita yang dah tua ni nk tmbah ilmu. Ngeee..amik masa. Sangat2 amik masa.

ni la dia chief aku en.hishamuddin from vocational school kluang johor
pastu en.anuar (asst.chief) from kementerian pelajaran malaysia bahagian kurikulum.

Hari ke-3 adalah  hari kesinambungan dari kerja sindeket/berkumpulan yang aku bagitau tadi..yang kena buat NOSS bidang yang telah ditentukan oleh penceramah DESCUM siri 16/2012 ni iaitu Dr. Marzuki. hehehe..punyalah byk post pasal descum course..aku terlupa nak introduce penceramah yang lead our sesi kursus kali ni..

Sedikit pengenalan mengenai Dr.Marzuki. Dia ni adalah penasihat bagi persatuan human resource Malaysia. Dia jugak banyak melibatkan diri pembangunan standard kemahiran dan juga dalam bidang akademik. Bukan itu aja, dia jugak berpengalaman dalam menubuhkan university luar Negara. Bangga x? anak melayu kita seperti Dr.Marzuki yang banyak menyumbangkan dan mengharumkan nama Malaysia dengan hasil kerja dan kemahiran yang beliau ada. NOSS berkenaan dengan HUMAN RESOURCE doctor ni la yang buat..mmg standard yang dia bangunkan mmg betul2 mengaggumkan. Ngeeee..

Hari ke-3, waktu malamnya byk kami habiskan masa bersama dengan kerja sindiket. Kerja sindiket ni perlu dibentangkan bagi tujuan memperoleh sijil fasilitator pembangunan NOSS/DESCUM dibawah seliaan CIAST. Malam hari ke-3 ni mmg berhabis-habisan menyiapkan dokumen kerja sindiket sebab hari ke-4 (esoknya) we ol dah nak kena present.

Masing2 bukak lappy..working time~~
Walaupun we ol yang hadir utk ses kursus descum kali ni x la expert sgt psal kaedah descum ni..tapi so far, alhamdulillah aku paham konsep kaedah menggunakan descum. Thanks Dr.

tudung pink kak rosidah dan yang purple kak fatimah..
both of them are vocational school teachers at Setapak, KL.
Kita sambung nanti ye..

2 Jul 2012

::DESCUM COURSE D2::


Salam & Anyeong..

Hari kedua aku kat descum course, participant di dedahkan dengan sesi pengenalan peserta, pengenalan ttg JPK, CIAST, DACUM, DESCUM, NOSS dan CUDBAS secara amnya. Nak amik tau sume segala2nya mmg amek masa yg agak lama..peserta yang hadir bukan calang2 orang..dan bukan dari company outsource wat noss. Kebykkannya dri private skill academy yang dtg utk mempelajari kaedah pembangunan standard dan curriculum NOSS nih..byak yang dtg dari Jabatan kebajikan msykt dari pelbagai daerah..ada gak yang dtg dari sekolah vokasional yang x kira negeri, boleh kata aku je yang dtg dari company pembangun NOSS..

Dalam pada menimba ilmu dgn Dr. Marzuki..aku rasa best sgt2 dapat berkenalan dengan orang yang berpengalaman dari aku, yang berbeza bidang mereka dengan aku. Mostly sume dari bidang elektrik dan elektronik. Aku bahagian management..pulak tuh ada yang community service. Errrmmm…best2..

Hari ni aku tido berteman..ngeee..sbb rum8 dah masuk..nama dia akak ita, aku salute gak ngan dia , bina kerjaya dgn bukak bisness join venture ngan member dia, iaitu kedai dobi. Kedai dobi pon kedai dobi la…asal berniaga. Asal bolih kasi rolling modal. Aku respect kat dia lagi sbb dia manage byk kursus pendek cam photography, photoshop dan lain2 yang berkaitan dengan IT. LIhat, sapa kata orang melayu x pandai meniaga..asik puji bangsa lain saja. Yang penting kita meniaga x main judi..x main nombor ekor..meniaga cara yang halal disisi shariat islam.

Hari ni aku paham betapa pentingnya NOSS tu, segala persoalan why NOSS is very important is now answered. NOSS amat berguna untuk banyak benda..antaranya sebagai salah satu bahan bukti dalam perundangan dan tuntutan welfare pekerja. Bukan itu sahaja ianya amat berguna untuk kenaikan taraf gaji seseorang pekerja mahir. Kalau nak gaji lebih mesti kasi tengok skill apa yang dia ada dan pada level apa dia berada dlam NOSS tu. Kebanyakkan kerja ada dia punya standard dia. Even kije kita sbagai seorang tukang kebun pon, pengasuh bayi pon ada standard occupational dia. 

Haaaa..mantap x dunia industry dan skill? Selain itu NOSS juga dapat membantu kerajaan bagi menjadikan negara kita sebagai pengeluar tenaga buruh pakar dan berkemahiran tanpa mengira bidang. bukan itu aje, NOSS jugak boleh jadi sebagai kayu pengukur bagi menjadikan MALAYSIA sebagai sebuah negara maju. (insya-Allah dengan izin-NYA)

Hari ni hari sesi pengenalan peserta kursus, sesi pengenalan mengenai NOSS as what i've mentioned previously. BUkan itu saja, hari ni jugak adalah hari we ol dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan kerja2 sindiket (kerja bekumpulan) utk membangunkan satu NOSS bidang Landscape Gardening Level 1-3.

DESCUM one of techniques used for structuring && developing the NOSS

Sesi pengenalan mmg best. sbb dari situ kita dapat tahu yang datang hari tu dalam dewan tu adalah siapa..bukan calang2 (as mentioned above). Selepas dibahagikan kepada 2 group we ol diberi tugas utk membangunkan NOSS bagi bidang Tukan Kebun (kalau dalam english gempak sikit - which is Landscape Gardener) 

Untuk 1st day working in group we ol buat OAA (Occupational Area Analysis) dan buat OAS (Occupational Area Structure). Then, we ol proceed to develop Competency Profile Chart (CPC) bagi bidang tukang kebun berdasarkan dengan apa yang diajar oleh Dr. Marzuki.. Naik pening pikir apa tugas sebagai seorang tukang kebun. walopon kerja dia nampak senang jer..tapi bila kita men-standard-kan skill dan keterampilan seorang tukang kebun tu memang mencabar...sebab tukang kebun itu bukan kepakaran kita. Sebab itu kalau kita nak membangunkan apa-apa bidang NOSS, satu bengkel NOSS tu perlu dihadiri oleh paling minimum 8 orang individu yang mahir, yang pakar dan yang berpengalaman dalam bidang tertentu. 

Ha...tu la..dulu asik tengok orang buat noss..jadi typist/recorder bengkel noss..ha, skunk rasa sendiri betapa susah dan berbaloi nye kalau kita ada kepakaran buat NOSS..menurut Dr. Marzuki lagi satu bidang NOSS dianggarkan bernilai 80K. lepas dah tolak kos bengkel dan pelbagai untung bersih boleh dapat dalam 15K..perghh..lumayan yang mabelos..tapi azab dan perlu penuh dengan ketekunan.

Sekian buat masa ni..next post kongsi lagi.





1 Jul 2012

::DESCUM COURSE D1::



Salam & Anyeong...

Hari ni aku kat hari pertama kursus descum. aku transit kat opis dlm kol 4.20 petang, pastu naik atas opis jap men2 tenet dulu survey hotel johan yang kat jln melaka raya.hotel budget yg cnatik di tepi jalan tuh...pastu alih2 boss picked me up lambat.so, apa lagi...aku pon buat muka sardin kat dlm opis tuh..xde hal la..sbb boss yang htr..xyah nak cemas2 cuak2 ke ape..klu lambat pon xkan orang orgizer tuh nak marah kite an..dia organizer mesti nk org dtg punyer..hehehehe..

Naik estima boss..lalu labu-semenyih n bandar enstek. kejap je seyh..departed from opis seremban 2 dlam pukol 5.30, alih2 sampai kat shah alam, kat hotel carlton ni dlm kol 7 tepat..daebak!!!

OTW sampai, dalam estima tuh siap ade anak2 boss lagi..masing2 sedang mmbesar..ade yang umor 2 tahun lebih dan ade yang sekolah menengah dan sekolah rendah...teringat aku mase aku ngan adik aku membesar..berjimpit..klu dulu we ol adik beradik xpakai estima..mane de ujud kete estima uh..kete mpv tuh..paling gah dulu mase we ol membesar..van nissan vennet(xtau la aku eja betl ke x)..rase cam dah betol dah eja...ngeee..ok, dah sudah..stop citer pasal boss aku ngan anak2 dia.

SKunk ni aku nk citer pengalaman hari pertama aku sampai kat kursus descum nih..masuk je lobby hotel...o courszes  la aku serang recept area..heh3..nak tnye bilikaku dimana n dengan sapa aku bermalam..kuang2..(rum8)..aku ingat dah kije xde rum8 ag dah..alih2 ade gak..nasib la badan..ngeee..kalu xnak be-rum8..kena kasi diva diri ko dlu yoi oi...

aku berkenalan dengan organizer descum, nama dia pn.mahani. muka/wajah dia mcam bisa ku kenal, tp dimana ya???? deung3x~~ aku pon dgn slumber+otai pekernalkan diri aku..-salam2 ar..pompuan an..of courzes kna slm, adab kan..pastu aku pon diberi kad bilik..nun, bilik aku kat tingkat 3; room no. 305; rum8 - pn.bahiyah muhammad. aku xkenal lagi orang nyer..sbb dia xmai lagi..klu ikot surat jemputan, dia orang perak, kije at jabatan kebajikan masyarakat daerah kinta perak..kalau xsilap aku ler..

lupe lak nk citer, hotel bersebelahan dengan pusat akuatik negeri selangor dan dekat dengan tesco extra. disebabkan gaji xmasuk maka..harapan nak pegi shopping kat tesco tu punah ranah..sabo je ler..

ok la sambung sok..

p/s : heol~~ wifi xde kat dlam bilik. time ni baru rase betapa pntingnya broadband. huhuhu..