Salam & Anyeong..
Hari kedua aku kat descum course,
participant di dedahkan dengan sesi pengenalan peserta, pengenalan ttg JPK,
CIAST, DACUM, DESCUM, NOSS dan CUDBAS secara amnya. Nak amik tau sume
segala2nya mmg amek masa yg agak lama..peserta yang hadir bukan calang2
orang..dan bukan dari company outsource wat noss. Kebykkannya dri private skill
academy yang dtg utk mempelajari kaedah pembangunan standard dan curriculum
NOSS nih..byak yang dtg dari Jabatan kebajikan msykt dari pelbagai daerah..ada
gak yang dtg dari sekolah vokasional yang x kira negeri, boleh kata aku je yang
dtg dari company pembangun NOSS..
Dalam pada menimba ilmu dgn Dr.
Marzuki..aku rasa best sgt2 dapat berkenalan dengan orang yang berpengalaman
dari aku, yang berbeza bidang mereka dengan aku. Mostly sume dari bidang
elektrik dan elektronik. Aku bahagian management..pulak tuh ada yang community
service. Errrmmm…best2..
Hari ni aku tido
berteman..ngeee..sbb rum8 dah masuk..nama dia akak ita, aku salute gak ngan dia
, bina kerjaya dgn bukak bisness join venture ngan member dia, iaitu kedai
dobi. Kedai dobi pon kedai dobi la…asal berniaga. Asal bolih kasi rolling
modal. Aku respect kat dia lagi sbb dia manage byk kursus pendek cam
photography, photoshop dan lain2 yang berkaitan dengan IT. LIhat, sapa kata
orang melayu x pandai meniaga..asik puji bangsa lain saja. Yang penting kita
meniaga x main judi..x main nombor ekor..meniaga cara yang halal disisi shariat
islam.
Hari ni aku paham betapa
pentingnya NOSS tu, segala persoalan why NOSS is very important is now
answered. NOSS amat berguna untuk banyak benda..antaranya sebagai salah satu
bahan bukti dalam perundangan dan tuntutan welfare pekerja. Bukan itu sahaja
ianya amat berguna untuk kenaikan taraf gaji seseorang pekerja mahir. Kalau nak
gaji lebih mesti kasi tengok skill apa yang dia ada dan pada level apa dia
berada dlam NOSS tu. Kebanyakkan kerja ada dia punya standard dia. Even kije
kita sbagai seorang tukang kebun pon, pengasuh bayi pon ada standard
occupational dia.
Haaaa..mantap x dunia industry dan skill? Selain itu NOSS
juga dapat membantu kerajaan bagi menjadikan negara kita sebagai pengeluar tenaga buruh pakar dan berkemahiran tanpa mengira bidang. bukan itu aje, NOSS jugak boleh jadi sebagai kayu pengukur bagi menjadikan MALAYSIA sebagai sebuah negara maju. (insya-Allah dengan izin-NYA)
Hari ni hari sesi pengenalan peserta kursus, sesi pengenalan mengenai NOSS as what i've mentioned previously. BUkan itu saja, hari ni jugak adalah hari we ol dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan kerja2 sindiket (kerja bekumpulan) utk membangunkan satu NOSS bidang Landscape Gardening Level 1-3.
DESCUM one of techniques used for structuring && developing the NOSS |
Sesi pengenalan mmg best. sbb dari situ kita dapat tahu yang datang hari tu dalam dewan tu adalah siapa..bukan calang2 (as mentioned above). Selepas dibahagikan kepada 2 group we ol diberi tugas utk membangunkan NOSS bagi bidang Tukan Kebun (kalau dalam english gempak sikit - which is Landscape Gardener)
Untuk 1st day working in group we ol buat OAA (Occupational Area Analysis) dan buat OAS (Occupational Area Structure). Then, we ol proceed to develop Competency Profile Chart (CPC) bagi bidang tukang kebun berdasarkan dengan apa yang diajar oleh Dr. Marzuki.. Naik pening pikir apa tugas sebagai seorang tukang kebun. walopon kerja dia nampak senang jer..tapi bila kita men-standard-kan skill dan keterampilan seorang tukang kebun tu memang mencabar...sebab tukang kebun itu bukan kepakaran kita. Sebab itu kalau kita nak membangunkan apa-apa bidang NOSS, satu bengkel NOSS tu perlu dihadiri oleh paling minimum 8 orang individu yang mahir, yang pakar dan yang berpengalaman dalam bidang tertentu.
Ha...tu la..dulu asik tengok orang buat noss..jadi typist/recorder bengkel noss..ha, skunk rasa sendiri betapa susah dan berbaloi nye kalau kita ada kepakaran buat NOSS..menurut Dr. Marzuki lagi satu bidang NOSS dianggarkan bernilai 80K. lepas dah tolak kos bengkel dan pelbagai untung bersih boleh dapat dalam 15K..perghh..lumayan yang mabelos..tapi azab dan perlu penuh dengan ketekunan.
Sekian buat masa ni..next post kongsi lagi.
0 comments:
Post a Comment