7 May 2017

HACKED! Bhgn.1 : Akaun Bank Islam aku diperguna






Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,


Kengkawan & blog-jogging kt entry aku kali ni boleh la bace2 sikit dengan untuk santapan, pandangan atau perhatian kalian. 

Korang rase seram x bila akaun korang yang korang kumpol berbulan2 untuk perbelanjaan tertentu tetibe ada orang lain yang x berusaha ambil senang2 je dengan hacking?! Aku rasa bukan setakat seram, sakit hati, nak nangis pun ade kan..

Bulan April 2017 (End of the month) aku alami problem dengan ASUS SELFIE! mmg terbakar jantung aku bila tipon feveret aku tak function. Masalah dia nmpk simple je. tapi besar bagi aku. So, aku xyah la nak citer panjang lebar. PM tepi je eh. hehe..aku htr tipon ke ASUS service centre dan beli tipon baru! ala, tipon china je..yg boleh masuk 2 sim card. dua2 sim pakai. Especially bank. Aku mmg x ingat no mane aku pakai utk CIMB, RHB, BIMB, MBB dll.. (byk kn? tp duit sen2 je)

Selepas beli tipon dgn guna swipe my debit, dengan harga RM170, Seminggu selepas pembelian ( wallahu a'lam if ada kena mengena dengan Swiping my debit card dengan penjual tipon tu) Seminggu jugak aku puasa ber-selfie, hapdet Instagram, sharing-is-caring facebook..seminggu beb! bos aku wasap pon aku x bc. patot la dia hangin jer..(salah paham dengan aku le tew). 


3/5/2017
Allah beri aku ujian lagi, kali ni dengan akaun aku diperguna x semena2 ada sms masuk kat tipon, mengatakan aku ada wat transaksi online di GOOGLE!!!! WHATTTTTT?!!!!! Korang nak tau pukul berapa sms tu mai dlm tipon aku? kol 1.36 pagi!!! aku baca pon dlam keadaan mamai. Ingatkan spam message. Maklum la kat Malaysia ni mana ada 1 pon yang ko boleh percaya bulat2..boleh trust mentah2. (Sorry to say) . 

4/5/2017
Esok aku g perodua service centre, biasalah mileage dah sampai 40k kena wat major service. Nak plak aku ni kije jenis slalu berjalan jauh, ke melaka lah, sempadan negeri sembilan - johor lah, area selangor lah..so, maintenance kereta kena beri perhatian lebih. Nak plak org pompuan cam aku ni x pandai bab2 kereta, baiki apatah lagi. Dah siap service, time bayar! time ni mmg hahahanat, kad bank islam aku yg slama ni aku guna untuk apa2 hal ttg kereta aku dah xleh guna. dalam tu ada ngam2 jumlah duit bajet maintenance kereta. 4-5 kali. Aku dah risau dah. Dah mula nampak yang SMS dari Bank Islam tengah malam tadi ada kena mengena dengan keadaan Kad aku skang ni. Naseb ade akaun kahwin. Aku pakai dlu duit kahwin (a.k.a lobu2 loan) *hanya aku je yg faham* 
Balik dari service terus aku call bank islam service centre. Aku buat aduan yang aku nye akuan cam ade org hacked! Customer Service Bank Islam (CSBI) feedback is dia duh aku g mana2 cwgn bank islam utk aku isi form dispute/penangguhan pembayaran. Korang nak tau berapa yang hacker tu lesapkan duit aku? ni dia 

RM 399.90 untuk PENGGUNAAN GOOGLE *Com2uS  g.co/payhelp 
RM 4.00 untuk PENGGUNAAN GOOGLE *SERVICE  g.co/payhelp





hangin x??? CSBI ckp, jumlah tu tgh floating, bila2 mase2 merchant tu akan tarik duit tu keluar!! 

aku dah isi form disputekan, aku rasa lega la sikit. 

Tapi, dugaan dan musibah aku kali ni mmg menguji keimanan Qada' & Qadar aku. Sekali lagi pada
hari ni (4/5/2017) sehari selepas tu dia hacked lagi..kali ni dengan nilai 

RM 199.90 untuk *Com2us g.co.payhelp
RM 19.90 untuk *Com2us g.co.payhelp



hapo ke bondo la bondo alah tu?? Aku research nye research game online beb!! game perang2. jadah!!!!!! 

"Com2us is a South Korean mobile and online game development/publishing company established in 1998. In 2007, Com2us was listed on KOSDAQ. As of 2011, its corporate offices were in the United States, Korea, Japan, and China" - Sumber dari Google Search.

Aku nak main game perang2 ni watpe???????? jadah nye??!! sapa yang amik pakai akaun aku ni? aku taw la aku ni minat korea, tp xde la smpai aku main game korea! jadahhh!! mmg hahahanat~~~

nak tau pukul berapa sms google tu masuk? jam 12.19pm , waktu aku tgh sibuk keluar masuk bilik bos! nak urus macam2 hal b4 dia PJJ next week. ingat aku ade mase nak wat transaction online?!! main game bagai. Baru je dapat my smartphone balik dah kena camni.. Allahu Akhbar..

aku call again dengan CSBI dia ckp

CSBI  : "akaun cik ni dia pakai lagi ni untuk transaction google app" 
CSBI  : "cik dah blocked kad ke?"

Aku : "block card? eh xtaw pon saya,"

CSBI  : "xpe2 sy block sekarang, smlm cik ade wat laporan yg sama, org yang sambut panggilan cik tu xde mintak cik wat pembatalan kad ke?" "kenapa dia batalkan kad cik ye? sepatutnya dia batalkan kad cik atau dia suruh cik buat pembatalan kad di cwgn."

(eh..eh, tanye aku balik plak) 

Aku : "eh, xde plak, dia suruh sy isi form dispute sahaja"

see?? CSBI, walopon korang ni belakang tabir je, korang tau x, korang jugak sebahagian dari imej Bank Islam. 

CSBI  :  " kalau sy tgk akaun cik sekarang ni dah habis, tnggal RM 51.00 jer.." 

Aku : " Saya nak kena isi form dispute tu lagi ke?" 

CSBI : "ya, kalau cik nak isi"

tgk ayat dia tu? cam redho je kan bunyik dia. x kena pada akaun ko, ce kena kat akaun ko..
dengan ayat poker face, aku end- call & terus g Bank Islam Cwgn Senawang. Isi Form Dispute once again. 

5/5/2017
Cik Tunang suh wat report polis, tapi aku nak tggu 45hari hasil siasatan Bahagian Fraud Bank Islam Card Credit (BICC) tu yg banker cwgn tu sebut mase hari pertama aku g isi form dispute. Aku rase x sedap hati, aku bukak akaun bank aku balik semula, bila tgk balance statement, mak aih...sedihhh...tggal baki untuk bayar tahunan service atm card dan debit card. nak bawak keluar hape nye, dah hbis Bank Islam kasi kat merchant tu..

6/5/2017
Ngadu kat cik Tunang, dia suh wat report polis & tanya status aduan aku tu. Aku cadang nak call balik service centre Bank Islam nak tahu status terkini aduan aku. Aku pon ade gak buat aduan kat website Bank Islam. Adui, kalau dah jadi kes camni, cmne org nak percaya bank. Aku nak tnya jugak, kenapa Bank Islam x hold payment tu, no explaination dari BIMB. Aku nak tau sangat2 sapa yang guna akaun aku! Serious lah! Bak kate cik Tunang, kemungkinan besar, orang dalam BIMB yang buat kije2 ni. Sbb kes MBB (Maybank) melambak aku bace kat internet. Bukan tu je ade yg kes2 gini unresolved! Its okay, selasa ni aku dan Cik Tunang akan ke BIMB cwgn untuk penjelasan. 

Ujian & Musibah ni betul2 ajar aku banyak bersabar, beristighfar, dan redho dalam byk hal. Banyak jugak hikmah dia, bila di pikir balik, eishhh..byk la..mmg sgt byk hikmah dia. Ade yang aku nampak dan ade yang tersirat. Bersyukur jugak aku pada Allah swt sbb ujian aku ni mungkin kecik nak dibandingkan dgn orang yg diluar sana tu. Aku harap Allah swt permudahakan setiap urusan yang kita telah rancang, dan perbanyakkan sabar di hati aku ni. Mungkin dugaan nak kahwin, mungkin, mungkin dugaan Allah nak bagi rezeki lagi suci, mungkin. Dan mungkin juga Allah nak beri aku hati bersih dan iman yang utuh, mungkin. Segala2nya Allah swt Maha Mengetahui. 

Nota bulu kasar kaki : 
Kisah atas ni aku ceritakan semula, luahan dan pendapat kalian dan saya mungkin berbeza. 
Mohon maaf sekiranya ade sesetengah yang baca entry aku kali ni, sentap, touching, rase cam koranglah orang tersebut. Tapi ingat 1 je, kalau kita susah & menyulitkan orang lain, balasan nye pasti, cuma x nampak atau x perasan je. 

Assalamualaikum.











0 comments:

Post a Comment