9 May 2017

HACKED! Bhgn.2 : Akaun Bank Islam aku diperguna

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak post yang lalu tentang akaun bank islam aku kena hacked oleh individu yg hahahanat tu??
Hari ni nak updet kisah baru.

Lepas buat submission kije kat Sepang, aku nak pergi wat report polis berkenaan dengan hal yang 3hb - 4hb mei yang lepas. So, dalam perjalananan dari Sepang aku berfikir nak pergi buat laporan polis area mana ye? Senawang atau Seremban? Tapi dah sampai Ainsdale aku dah susur ke exit Seremban, Ke balai polis Seremban 2. Kat situ besar sket. Try la tanya kot2 boleh wat report kat situ. kalau kena reject at least aku leh la tnya ke mana selepas tu. Nebes pon ade takut pon ade, sbb aku ni fobia dengan polis. Kalau nampak polis je jantung aku dah berdegup cam lari pecut. 

Sampai je sana, terus ambil nombor, ramai gak eh yg datang dan pergi buat report polis? 1st timer mmg batak la jup. Sampai giliran, aku dapat pegawai perempuan. Alhmdulillah x la aku segan nak communicate. Aku ceritakan segala, dia ralit menaip kat komputer. Macam2 soklan dia tanya. Dia pon bagi aku nasihat skang ni klu ade je orang yg ngaku dia bank ckp ade satu transaksi nak dilakukan pastu mintak no akaun la, no IC la bagai jangan bagi. Terus g bank cawangan berhampiran dan blocked card bank kite tu.. Bahaya~~ 

Report bertarikh 9/5/2017

Mama & Tunang aku dok suh g buat report kat polis sbb polis tu backup kite. Sbb orang bank ni kalau xde report polis kije siasatan ntah buat ntah tidak, silap hari bulan dia gula2 serta bola2kan kite ni.. Puan pegawai tu pesan dgn aku, lepas buat je report, terus g bank cawangan tu balik. Memang aku pergi la, nak amik salinan form 2 hari berturut  yg diisi tu. sbb ri tuh dia xde pon bagi salinan dispute form kat aku. Aku tengah gelabah, x tentu hala mmg x teringat nak amik sume tu buat salinan dan bukti aku nnti. Sepatutnye dia kena la bagim walupon aku x mintak, skang ni apa2 urusan kena ada pendua, kena sentiasa ingat. Aku pon bg report polis kat banker tu suh dia attachkan sekali salinan report dengan dispute form ke Bhgn fraud tu nnti. 

Dispute Form on 3/5/17

Dispute Form 4/5/17
Kesimpulannya, ntah dah hantar ke tidak benda tu HQ dia..hurmmm..sama2 la kita tggu keputusan yang dijanjikan selama 45hari bekerja untuk siasatan.

Assalamualaikum..









0 comments:

Post a Comment