11 May 2013

Bengang dengan si bangla itu

Salam & Anyeong...

Hari ni aku rase macam nk bg tangan jer kat car washer(bangla la kan) yg drive thru nun..bukan ape..sejak dah x kije kat seremban 2 kat area senawang xtaw nak cari car wash rm10 yg siap cuci + vacum + wax tayar...(maybe aku mls nk g cari..nnti2 la)

Nak xnak, otw aku nak g wat wax & chat2 dgn mama..aku lalu singgah kat car wash drive thru area ampangan-jln ke jelebu nun.. masuk je.. bangla wat bla bla...percik air sana sini..spray snow bubbles...bla bla..simbah air sana sini...bg sign move foward....bla bla...masuk bilik rambu ramba...kuar...siap! (Saje explen lebey..nk kasi entry pjg sket) hehehe

B4 nk wax tayar aku request vacum..so, my car move to another section..just for vacum only. So, i just parked my car there & they started to do their works.  Sedang aku syok2 duduk kat pangkin yg diorang sedia..tetibe mat bangla tu sergah dgn wat muke sinis..nak kate senyum pon x..nk kate dia smirk pon x..tapi dari tadi aku perhati...dia dgn member dia cam ckp2..aku rase dia kutok kete aku le tew.. so, slh sowang dtg tnye aku..

"Kakak...kereta kasi polish mau?!" Kata mat bangla

"Xmau.." seloroh je aku jawab. Sebab ape aku xmau..sebab polish rege kat papan menu tu rm120 henget kowt~~~

Pastu, mulot marketing mat bangla ni mmg bagus gak..dia nye berani wat promosi...mmg terbahek.. then, tetibe dia dtg balik..

"U pnye kereta..kalau kasi polish..itu warna boleh kasi naik..mcm baru..."

"Sy xmau..mahal!"

"Xde mahal..sy kasi murah..satu dua.."

Dengan berlatar belakangkan bunyi pam2 vacum..bunyi mesin rambu ramba tu..aku pon mula dengar lain...

"Ape? Polish satu dua? Singgit dua puloh sen???"

"Xde la kakak..x mahal...seratus dua puloh saje"

Nak aje aku hempuk bangla tuh..tapi control gwiyomi jer..hahahaha

Dah nak habis vacum..time aku nk hulur duit nk byr...eh.....dtg lagi sergah...wat promosi..tunjuk satu botol kecik..mcm bekas pil resedung yg pasar tani punye..

"Kakak..ini xmau beli ka? Byk wangi..."

"Apa kebende nih?"

Aku ingat dia nak explen..beriya aku tgk muka dia..alih2 dia tunjuk kat banner menatang botol tu..suwuh aku baca..opps terlupe plak aku, mat bangla kan..ne taw explen in bm..dah la tu botol kecik tu rege dia rm25 henget..semata lak kan!!!

Memang sabo je aku~~

8 Mar 2013

Bosan!

Hi..anyeong haseyo..

Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!

Ha..amek ko. Aku xtau la nape aku rase dah mual kije kt tmpat aku kije skarang ni. Kenapa ye? Kenapa? Kenapa? Why? Why?

Manusia ni,sifat dia x boley kije terlalu lama kat suatu tempat yg lama ke? Atau x boleh kije kat tempat yg x berapa nak best? Ataupun, manusia ni sifat nye tidak sabar?

Oh ya. Aku taw dah. Manusia ni akn setia dan bersemangat bila ada imbuhan. Lagi byk imbuhan, lagi kuat kesetiaan. Tp bila masa nk dptkan imbuhan tu?

Bak kate adik aku la..company yg dia kije tu klu nk bon org/ikat kesetiaan pekerja. Dia "tangkap" perut pkerja dulu.  Cmner dey ol buat. Dey ol sediakan cafe yg sedap2 mknnnye, yg murah2 harge mknnye. Bkn setakat elaun je. Bonus pon. Fergh...bahgia sungguh. Seronok betul. Pastu,sambil kije ade pelbagai aktiviti hujung tahun. Sonok, fun life.

Aku nk try cari kije lain la..nak environment kije yang lain dari sekarang. Bukan aku rase x bersyukur. Tp... aku rase teramat la bosan kije kat sini..yang buat kije yang kita x suke. Kije yg gune fikiran..tp x berbaloi dgn gaji..kenaikan gaji pun xde. Bonus pon xbape nk kerap. Pelik...company yg aku kije ni xde profit ke? Pelik? Pengambilan pekerja saban hari.  Jualan produk allhamdulillah. Tp mungkin ade sebab disebaliknya...wallahu'alam...

Bos pun penah ckp/pesan. Kalau dh rase x best kije baik benti je. Daripada kije dgn rase x ikhlas. Ermm.. ada betul ape yg bos kate.

Tengok la macam mana.. maybe tgh tahun ni. Maybe lepas raya. Maybe... eish.. x tau la nak kate. Sebab segala penentu hanya dariNya.

Neway..bye2.

19 Feb 2013

Terminate dia!

Salam...
Dah lama jugak x update blog nih..
Byk bnde jadi sejak aku jadi org yg mnguruskan hal2 pekerja..
Pekerja datang & pergi itu lumrah..
Pekerja baik & tidak itu juga lumrah..

Tapi..semalam aku terkejut dgn panggilan bos aku.. "salam,nurul..awak kt mane?" ..lalu aku jwab soalan bos; "sy kt office,nape ye?".. "sy nk awak wat surat notis 24jam dari sekarang kat bdk A***** tu.."

"Nape dgn dia?"
"Dia bawak mulut dgn keluarga saya..anak sy dah bergaduh dgn mak ngah dia?" Terminate budak tu..bg dia notis 24jam. Esok ckp pd dia xperlu dtg kerja lagi." Suara bos dgn nada separa marah.

Aku terkejut juga..angin xde ribut xde..tetibe suruh aku wat surat notis 24jam berhenti kerja pada pkerja kontrak 3 bulan tersebut. Pening jugak kepala pikir. Bila ditanya apakah sebab yang membuatkan notis berhenti dikeluarkan, adalah diatas sebab etika kerja..tak perform! Katanya...

Dengan badan yang berasa berapa nak sihat..yang demam lagi menggigil..aku cerita segalanya pada manager. Mana tahu dia boleh memberi pendapat. Alhamdulilah sll,selang berapa minit kemudian bos telefon manager. Beritahu perkara yang sama. Aku dan manager terdiam sejenak memikirkan apakah sebab yang menjadikan situasi berada dalam keadaan yang agak PANAS dan mengelirukan.

Mahu atau tidak aku dan manager turuti perintah bos. Ikutkan aje. Kalau tidak ikut akan dikata belakang pula. Aku deraf surat notis yang dihajati. Aku cetak & beri pada manager utk disemak isi kandungan notis. Diperbetulkan & di hantar imej notis pada bos.

Apa jadi pada budak yang terima notis 24jam tu?

Aku x tahu apa2,sbb aku hanya bekerja separuh hari semalam. Maka, semua hal berikutan notis itu aku serahkan pada manager.

Keesokkannya aku tanya manager. Surat notis tu x diberi pun pada budak tu. Aku tanya lagi perihal sebab kejadian. Manager kata semua yang terjadi adalah disebabkan perkara kecil.

Aku dah agak dah. Ceritanya, si anak buah muka masam (mungkin tgh dtg bulan) ketika si ibu saudara datang ke premis berniaga. Lalu si pekerja yang malang bertanya beberapa hari di premis berniaga cawangan lain terhadap si ibu saudara, kenapa si anak saudara mukanya masam ketika ibu saudaranya datang?. Hanya dengan 1 soalan. Si ibu saudara melulu serang marah2 anak saudara,tidak berpuas hati dgn masam muka anak saudaranya itu. Anak saudara mengadu perihal sedemikian pada ayahnya. Lalu ayahnya membuat keputusan utk terminate si pekerja yang malang tersebut. (Berkemungkinan la hal tersebut..)

Bagi aku, tidak sepatutnya bos bertindak melulu. Bos adalah contoh pada kami..bos perlu berfikir secara rasional. Tidak melulu menyokong darah daging sendiri atau saudara pertalian sendiri. Selesai dgn cara dengan rasional dan sabar. Pekerja itu hanya bertanya sahaja. Bukan buat mulut mengata2 mahupun melaga2kan pihak keluarga. Hanya sekadar bertanya. Tidak ada niat pun. Bagi aku si ibu saudara pun perlu sabar. Jangan mendefinasikan pertanyaan pekerja itu sebagai satu bualan yang melagakan dua pihak. Takut juga aku bekerja dengan syarikat yang family type ni. Byk betul dugaannya.

Tiada siapa yang salah.. dan tiada siapa yamg silap.. hanya perbuatan & pemikiran yang selalu menyilapkan & menyalahkan diri seseorang itu.

Akhir kata, semua orang harus rasional & munasabah diri. Bukan mudah menjadi yang terbaik dan sempurna, maka jadilah orang yang sentiasa berfikiran terbuka.

Sekian.

P/s; no offence..hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman agar menjadi iktibar dan renungan sesama insan. Wallahu'alam.

23 Dec 2012

Dunia akan 3 hari bergelap??

Salam, anyeong....

Rumours kat internet sekarang mmg mengarut2..ade yg mengatakan bahawa dunia akan bergelap selama 3 hari bermula dari 23hb disember hingga 25hb disember ni..tambah lagi akn khabaran angin tu,  bahawa bumi akan berada dlm satu jajaran sama dgn matahari,dan akan ada bertukar tmpt dari dimensi asal ke dimensi sifar (0),dan kemudiannya berubah kpd dimensi ke-4..khabaran angin juga menyarankan bhawa pada 3 hari bergelap tu,tidak menggalakkan travelling ke tmpt yg jauh kerana berkemungkinan medium komunikasi akan mgalami kegagalan. Khabaran yg tersebar dari pihak NASA itu juga menyarankan penduduk bumi supaya beristirehat dlm masa 3 hari serta berdoa kpd tuhan,saling memaaafi sesama manusia,berada dlm keadaan tenang dan tidak risau dan mengucapkan selamat menghadapi dunia baru selepas 3 hari bergelap ni.

Ermmm..ade jugak rumors kate ianya adalah hari terakhir bg dunia. Dan akan berlaku kiamat. China, korea,jepun dan lain2 yg percaya akan kejadian ini telah bersiap2 sedia dgn cara masing2 utk menyelamatkan diri. Ada yg siap sedia dgn kapal nuh yang direka cipta sendiri. Bahtera yg dicipta ada yg berbentuk sperti bebola dragon balls ada 7 biji kesemuanya..berwarna kuning ke-orenan..betul..aku xtipoo..klu xpecaya..korang boleh google mane2 website atau blogs yg ade memaparkab gambar versi bahtera nuh moden. Pendek citer,xde sape yg boleh buat bahtera besar gedabak spt bahtera yg dibuat oleh Nabi Nuh A.S. (wallahu 'alam)

Ade jugak rumors kate, tarikh2 tersebut merupakan tarikh kepercayaan kaum mayan..dari tahun kalendar org mayan 3114 (klu xsilap aku)..pada tarikh tersebut mereka percaya akan berlakunya kiamat dan sebelumnya kiamat berlaku..akan berlakunya kegelapan yg berturut selama 3 hari.

Sebagai muslim,kita xperlu la nk percaya. Percaya pada rukun iman, rukun islam, kisah al-Quran serta hadis sudah memadai. Mana mungkin kiamat akan berlaku dlm masa terdekat. Bukan x boleh x percaya.. gitu gini pon..we have to believe that there will be the ends of the world..it is soon, but we couldnt noticed when it will be happened.

Kalau menurut islam..sebelum berlakunya kiamat akan ada berlakunya tanda2 kecil dan besar. Sebelum kiamat juga berlaku bermacam2 dalam masa berpuluh2 tahun. Tapi memang tidak dinafikan, yang kuasa Allah S.W.T. Yang Maha Kuasa boleh menjadikan dunia ini kiamat pada bila2 masa. Memang ade benarnya. Tapi kita kna percaya pada apa Allah janjikan dalam wahyunya..iaitu al-quran..yg byk menceritakan bila dan bagaimana keadaan kiamat itu berlaku.

Rumos yg dikatakan berasal dari pihak NASA juga telah disangkal oleh NASA sendiri. Diorang pon x ngaku yg diorang keluarkan kenyataan dunia bergelap 3 hari. Walau macamana pun..dunia x akan bergelap..kerana matahari itu besar dan kuat pancarannya..klu ade ape2 yg melindungi bumi dri pancarannya, kita masih akan rase bahang dan sinaran matahari.. ingat....MATAHARI bukannye torch lite..

X boleh percaya, tp kita boleh kita jadikn rumours ini sebagai persediaan kita meniti hari kiamat yg tidak diketahui tarikhnya. Mana ada irg tahu tarikh kiamat. NABI MUHAMMAD SAW pun xtahu bilanya kiamat..tp Allah yg maha penyayang berikan rasulullah gambaran kiamat itu sepertimana untu kita bersedia. Perbanyakan amalan baik dan soleh disisi-Nya..bertaubat sebelum terlambat.. Sebagai muslim yg untungnye adalah kita diberi pilihan samada utk ke syurga atau pun nerakaNya.sudah tentu syurga pilihan hati. Jadi jadikan khabaran angin ini sebagai pemangkin kepada kita yg bergelar muslim utk terus mengingati-Nya dan mematuhi hukum-Nya..

Akhir kata, percaya pada Allah S.W.T itu adalah yang utama..mengerjakan perkara yang Dia wahyu adalah pendokong kita (muslim/org beriman) utk ke syurga Nya (wallahu 'alam)

Sekian..

17 Nov 2012

Interview j-Qaf 2013

Salam semua...

Kali ni aku nk kongsi citer pasal inteview j-qaf yang bermula pada 19-20++ hb november 2012.

Before ni aku ade citer pasal aku g mtest kat maktab an..haa..result dia dah pon kuar pada 12hb november lepas. Tarikh result mtest ni pun member aku yg tolong ingatkan. (Punyalah bz dgn kije).

12/11/2012; Isnin
Aku ingat, aku xdpt la nk merasa panggilan temuduga.akhirnya..after clik sana sini portal moe.gov.my tu..maka terpacul result yg menyatakan bhwa aku telah dipanggil utk ditemuduga pada 19hb nov. Mengagau aku g isi borang cuti. Seb baik bos sporting.thanks bos.

17/11/2012; Sabtu
Punyalah bz dgn kije.surat tawaran interview pun x habis baco..setongah muko surat je den baco.bila ade kesenangan mase,aku pon bace la balik surat dan jugak bace kat portal.rupenye kena dload dan print 3 jenis form lagi.ermmm..dah tu pulak kna amek gamba ukuran pasport 4x5cm. Macam2 dugaan tol..

18/11/2012; Ahad
Cek punye cek..ak ade lagi yg xlengkap.gamba pasport den dah habihhhhh...ayohai..tinggal sekoping tu je..mano den nk rabo an..nak xnak esok kena gak keluar g kedai gamba. Ingat kedai feveret tu bukak awal..rupenye bukak lmbat. Mlas nk tggu, g kedai lain amek gamba baru. Mase nk duduk kek kusi tu posing pon raso dah macam duduk kek dlm bilik tebiu. Sojuuuuk jo raso jari kaki ni ha.. dah ade gamba, xmuat pulak dgn kotak form yg print smlm. Maka berlakulah dilema.siap wasup dgn member seangkatan yg g tebiu lagi cmner.siap join grup jqaf 2013 kt fecebuk lg. Yang xbley bla..siap study sesama dgn wasup lagi..men balas2 link. (Thanks 2 pekjah,ex-rumate aku mse sem 3 kat matrik,dia dak econs..pekjah aku kasi ko glam nih..) *bajet blog hangat*

18/11/2012; Ahad petang
Hujan lebat lagi sejuk dan aku rase mls nk study.bace pon mmg xmasuk..last2 tertekan apps kt hp upin ipin..haaaaa,ape lagi layan sebuah dua video..pastu sambung lak tgk drama korea.aduih,ape nk jadi..siyez..aku mmg dah bley nak GO! Dgn study ni..pakse2 bkn nye masuk dlm pale otak pon..

18/11/2012; Ahad malam
Segala macam benda nk study.riso pon ade..argghhhh, lantak la...pegi dgn tawakal je.kalau org tnye kite jwb.klu xtaw kite jgn menipu dgn buat2 taw.kata benar jer..

19/11/2012;
Okay, aku sekarang dah pun lepas pegi tebiu td. Tebiu aku jam 11 pagi yang betempat di IPG Seremban. segala2 serah pada takdir je.bace2 pon dah bley nk masuk dah..

11:30Am baru ujian bertulis bahasa arb dan jawi. Jawi sekeping ketas soklan ada lima soklan markah dia 100%. Bahasa arab lak ada 10 soklan 100% markah gak, ade dua pages. Bagi aku yg taw arab sbb nk lulus peksa mmg xde la bekesan proses pembelajaran tu kn..maka..mmg aku jwb ciput je tnye pasal 'irab,mudhof pastu buat ayat sikit2..

12:05 pm, ujian selesai g ke bilik temuduga seperti yg tertera dlm list name yg ditampal diluar pintu. Kalau kes aku,aku kena tebiu kat pusat sumber IPG.  Mase tiba je kat bilik tebiu tu,masih ade 2 org yg belum habis ditemuduga. Maka, we ol start grup discusion pd jam 2:30ptg.

2:30Pm, masuk reramai dlm bilik tu. Team member na4001e kalu xsilap aku ler..linda, zuraidah, qayyah, aku, hanim & zaman. Masuk je, weol diberi briefing psl ujian berkumpulan.kena discuss about imej guru atau Penampilan guru berdasarkan pengalaman kita. Diberi kertas rujukan tajuk perbincangan, do not do any draft, after 3 mins..grouo can proceed with discussion within 30mins given by interviwers. Interviwer x mnyampuk pon..diorang tgk je. Ak tgk interviewer bz cek file dan salinan sijil disahkan ke x.jeling2 sikit,pantau our discusion. Yg sorang ag interviewer kdg2 tu terlelap. Faham tu,klu aku pon ngantuk. Hehehe..yg terlelap tu dah berumur.org berumur kena taking naps mase lunch skejap utk refresh mind n body.

Ok, continue the story. After grup discusion,sume kena keluar.bg diorang mase kejap.pastu diorang akn tekan loceng.then,calon masuk ikut nama yg tertera dlm list.

Sorang2 masuk. Nebes bertambah..sorang calon kuar, ckp "diorang tnye pasal syiah tu ape?". Diorang tnye psal tjwid,pasal eja jawi,bace quran n bace text jawi. Ermm..tnye,bidang yg kita belajar.tnye juga pengalaman mengajar.tapi xde suruh ngajar.

Aku masuk dlm bilik interview tu pkul 2.20pm lebih kurang la..keluar dlm 2.45pm pun lebih kurang la. Tnye macam2. Tp xde lak tnye pasal zakat ke hapa ka. Maybe sbb bidang ijazah aku len dan xberapa nk kena dgn jqaf ni.tp,pelik jugak..diorang kate bidang ijazah aku ni xseswai.tp WHY dey ol nominate nama aku kat dlm list temuduga..then,ckp lagi boley ke,aku ni compete dgn org yg ade ijazah dlm bidang shariah,usuludin,dakwah,yg belajar mesir dan belajar jordan..ermmm..see? Nak ajar jqaf sr..utk sekolah rendah kn..aku ade tnye balik kat penemuduga tu,kenapa sy xboleh ngajar jqaf?..dlm hati aku xla marah.ade betul ape yg dia ckp..tp xyah la banding beza cos aku ngan yg len..mmg jauh bara dri api la..tp persoaalanya klu aku nye degrew x seswai..awatnya....hangpa pi masukkan nama aku kat dlm list? Klu ak diterima g temuduga..konfom aku nye degree seswai..xkan x seswai lak..peliks di situ ye..

Hermm..xpa2..ade rejeki ade..tp sekurang2 aku dpt knalan baru dari interview, sorang volunteer kat pusat dakwah,ajar mualaf ttg islam, de gak bdk law dri kuis, de gak yg sdg mengajar kt sekolah agama private,ade gak yg dri jurusan busines,ade gak yg baru je abis belajar kt mesir..ermm..aku doakan kejayaan korang ek..keep it up!

Bagi yang masih atau sedang diinterview utk jqaf..aku wish trillion lucks..mudah2an dipermudahkan segala.bagi yang xberjaya keperingkat interview..jgn riso rezeki korang maybe akan ada yg lebih baik!!

Sekian~~~

10 Nov 2012

Aduhai..alahai~~~

Salam..

Susah juga nak puas kan ati pelbagai pihak.ermmm..bila dah htr.ade pulak remeh nye.tergantung la..x lengkap la..x itu la..x ini la..macam2 la..

Aku malas nak salahkan sape2 atau mana pihak yang terbabit..baik pihak yang aku stand wif or pihak yg opposite.

Ini bukan pasal politik..bukan juga pasal emosi.tp ianya adalah satu bentuk pengajaran bagi aku dan juga pihak yang terlibat.

Pembetulan minor boleh diterima dgn nafas lega..walopon dalam pale otak.."konfom boss mmbebel". Pembetulan major yg memerlukan korbanan wang ringgit serta masa mmg x dapat diterima kerana ia adalah kesilapan mereka yang duduk diam,bila ditanya baru kumat kamit bualannya. ( perghh..ayat aku xley bla)

maybe reader xpaham..maybe ade among u ols yg paham..becoz maybe..our condition a bit same..

"Komen orang sedap jer..berapi je..dia je yg betul..tapi cuba lakukannya?? Dapatkah dia menghasilkan yang terbaik??"

Jawapan dia ; TIDAK!!

YA, jawapannya TIDAK. Bukan mudah nak memuaskan semua kehendak,bukan  mudah utk kita  sabar walaupun kita tahu yang SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. Maka, dengan itu terbukti lah bahawa kita yang bergelar insan adalah manusia,makhluk yang Allah cipta,yang bukan lengkap dan tinggal disyurga-Nya.

Sekian,

P/s; tengah sentap dengan pihak terbabit.

6 Nov 2012

Graduan diploma ke ijazah???

Baru2 aku ade bace 1 artikel online kt salaH 1 dari  on9 newspaper dlm negara. topik nye agak menarik sbb..ia berkenaan dgn realiti kerja kehendak majikan sekarang.

Klu dlu..graduan lepasan ijazah mmg panas cam pisang goreng..tapi skunk tak lagi..majikan lebih suka hired graduan diploma. Sijil pun..tp mostly diploma holder la. Bukan xmau hired graduan ijazah.sbbnye dey ol xkan kekal bkerja utk 1 tempoh yg lama. Sbb dey ol rasa n pikir yg dey ol bley jual degree dey ol yg gah tuh..

Walopon aku ni pon pemegang degree, & aku juga pernah nak tukar kije disebabkan kerja yang aku wat gu terlampau la multitasknye.terlampau pelik waktu kerja & bizi dia.tp bila pikir2 balik akan betapa susahnya nak cari/dpt kije masa sekarang ni..langsung aku kuburkan sekejap. Cari kerja tu ade la jugak cam g exam kije gomen.tp xpenah lak aku g tebiu dgn private..hermmm..

Baru2 ni we ol 3 company tgh bizi habiskan tender mendokumenkan standard beberapa bidang pekerjaan.so,we ol hired beberapa budak degree utk membantu menjadi dokumenter.yela nk wat dokumen kena ade budak degree sbb bos aku kate budak degree ni english dia ok skit.(see?? Kelebihan orang degree)..ade yg kije sebulan..ade yg kije xsampai sebulan.si,sebagai majikan..boss2 sekalian alam,kena telan pahit la bnde2 tu sume..nak tlahan budak degree xbley..kite negara berdemokrasi.semua individu mempunyai hak utk bekerja dimana2 & bila2.

mungkin salah 1 sebab lagi nape dak degree kerap chiaow dri bekerja/ xbape nk lama kerja dengan majikan adalah cabaran kerja yang majikan bagi. Kalau ko budak diploma ke degree ke..klu xtahan la dgn task2 yg manager bagi..mmg ko xsepadan dgn degree yg ade..wat malu je weyh..nak2 majikan comey / company kecik..dey ol hired degree holders sbb, nk gunapakai kelebihan communication,rational thinking,public relation,ilmu dsbginya yg ade pade degree holder ni. Itu baru tasks..belu. waktu bekerja lagi tu. Utk pengetahuan, dekat company2 comey, u guys maybe akn bekerja dgn memegang lebih dari 5 kerja trmasuk kerja yg remeh temeh cam photostat,isi form application,buat air utk bos, basuh cawan pinggan..pendek kate kije kerani am rendah dan cleaner lah~

Aku perhatikan setakat ni, kebanyakkan degree holder impikan kerjaya yg masuk kije kol 8 pagi, balik kol 4.30ptg. Ala2 cam kije dgn gomen.ermm..bkn sume kije private sector ala2 gomen yer..ade yg masuk kije kol 8.30am-5.30, ade gak yg masuk kol 9am-6pm dan lain2 waktu ikut la company tu kije dia deal and buat ape.

Salah 1 lagi kriteria yg mmbuatkan majikan buat2 xpandang graduan or yg seangkatan dgnnya adalah faktor "BERKAHWIN/MARRIED".dalam resume puan2 mmg selalu akan tulis status perkahwinan..ade sesetengah majikan akan pandang sebelah mata aje klu bace resume calon yg dah berkahwin. Bkn bias ke hape..sebab salah 1 punca ngelat kije dan kekurangan staff adalah disebabkan oleh puan2 yg dah berkahwin dan yg sudah ada anak2..kalau yang jenis workaholic xpe la..tp bagi yg syurga itu dibawah telapak kaki suami..ermmm..konfom kena amek cuti..half day..ade yg suka amik kesempatan status "kahwin" itu utk tidak sama2 turun padang & menyumbang sesuatu yang menguntungkan pd syarikat..alasan sperti "aku xbley kije ahad la..sbb, anak aku xde sapa nk jage la.." or "mak mentua aku paksa aku bla blabla..kau taw kan mak mentua aku tu~~"

Faktor kahwin bukan la satu bende yg berdosa dan taboo dalam alam pekerjaan..kahwin tu rezeki woo..sape lak yg menghalang mende2 berlaku..kalau ade pun yg diambik bekerja company2 besar la..klu company kecik..dey ol xmau amek risiko mcm kehadiran kerja dan jugak komitment lebih masa utk memajukan syarikat.Bila ade sorang dua buat sedemikian..bak kata pepatah" kerana nila setitik rosak susu sebelanga".. faktor sperti diatas yg disalahguna oleh sesetengah individu mmg x patot la kan..

Nasihat sy walopon sudah berkhawin tunjukkan bahawa kita boleh beri komitment yg 200% pada majikan.maka, beringatlah sebelum nyesal..cari lah kije yg ok sebelum kahwin..at least, majikan boleh pertimbangkan kenaikan dan lain2 perkara  berdasarkan mutu perkhidmatan anda (bg yg belum berkahwin).

Namun, bukan semua majikan yg ada memilih golongan yang dah berkahwin ini.dunia Allah yang luas terbentang ni, PASTI akan ade kije yg bersesuaian dengan anda.

1 lagi, bagi yg freshies..yg baru habis belajar..aku nasihat an korang cari la kije yang bersesuaian dengan educatio  bckground. Atau cari kije yang korang minat..dan bukan atas dasar kije nak makan gaji semata..tiada keikhlasan disitu yer..bila niat xbetul..konfom gaji yang kita dapat tu xkan penah cukup dan xkan penah bahagia dengan apa anda kerjakan sekarang. G kije je stress...asal nk g kije rase menyampah kt sume org.

Mesti korang rase aku ni..."kau yoi..ckp sonang..cubo ko wat la!!" aku percaya..mesti ade reader yg ckp dlm ati cmtu kan.tp ingat aku pon salah 1 graduan yang bernasib sama mcm korang yang susah nak cari kije dlm bidang yang aku amek mase kat u. Katne la aku nk gune sociology & anthropology aku ni kat negeri sembilan ni..kat malaysia..nak jd sociologist & anthropologist kat msia kena amek master phD..watpe aku nk sia2 mase idup aku yg otak lembap belajar ni sambung bljar tggi?? lebih baik cari kije dgn kelebihan interpersonal/kebolehan diri yg dianugerahkan ni..

Ingat,kita xnampak kelebihan  & kebolehan diri kita..org lain nampak & taw nilainya..

Oppsss..melalut panjang pulak aku entry kali ni..hopefully entry aku dpt memberi motivasi bagi yg sedang & akan mencari kije.

Ini adalah pandangan aku setelah bekerja selama setahun kat company comey...yang budaya kerja dia..mmg xkan sape pon bley paham..dan ini cabaran dan pengalaman aku..dan aku kongsikan bende2 yang aku alami utk jadi panduan korang (readers).

Nak tau aku kije kat company ni watpe???? Ngeeeeee...

sekian..

20 Oct 2012

Exam Mtest JQAF 2013

Salam..
Hari ni aku g exam mtest jqaf..dengan last minit study,aku pon meredah lautan bakal ustaz & ustazah kt maktab raja melewar seremban..exam strt kol 9..so, bertolak lambat sikit,al maklumlah...hari sabtu konfom xramai org punye..sekali bila sampai je dekat maktab tu..pergh!!!!! Ramai nye umat manusia...penuh parking lot..sesak jalan dlm maktab tu..sompiiiittttt dado den..aku pon dgn penin pk katne la aku nk letak si ramadan ni..xkan nk park katy area tepi jln..kang xpasal2 kena sagat dgn bus or lori sampah..last2 aku park kete kat area head opis(kalau x silap ar) sbb deco laman building tu mmg not bad la..ade deco bunga,pokok warne2..

Masuk je kat area dewan..masya'allah dah mcam sesi register masuk degree..punya la ramai calon.b4 masuk dewan kena signed attendance and tgk seat no. Kat list yg dey ol tampal kt dinding luar dewan. Ada 2 dewan utk exam yg sama..1 dewan utk calon yg lahir pd tahun 70-an hinga 80-an..dan 1 dewan lagi maybe (not so sure)..utk calon yg lahir pd tahun 90-an..dewan yang aku pegi tu total calon yg sepatotnye hadir exam adalah sbyk 261 calon. 45 calon tak hadir. Haaa...kira la sendiri kalau nk taw bape yg hadir..ngeee...

Soklan byk ulang..tapi belum tentu aku dapat jawab..hehehe..satu je yg aku suke mtest ni..exam dier xde esei..tapi masa nak jawab soklan dier mmg kna pandai bg masa..jenuh mate asik tgk jam je..

Dalam pada exam tu..jmpe aku dgn mmber sekampung aku...si nisa...hehehe...thanks nisa kerana sudi luang masa lepak2 dgn aku..hehehehehe...pada mmber2 yg len,yg bace blog aku ni..korang jangan bashing aku taw...sian la kat aku....ngeee...


30 Sept 2012

Berkampung di office

Salam,

Hari ni 24 sept. Bkn hari ni je taw..hari2 seterusnya..smpai la dokumen tu siap.. Aku terpaksa brkampung kt opis..a.k.a OT kt opis...dokumen noss yg aku pegang ni tergamak la susahnye..kna ada.panel pakar baru bley wat.

Aku yg setahun jagung kije ni mane la ade kemampuan pakar utk wat dokumen ni. Aku skunk lepak kat foodcourt tesco seremban 2..sbb kt opis suasana bosan..dummy..nak2 bilik aku..semak..sempit..xde pemandangan..kusam jer..so,kt tesco ni bley aku tgk2 gelagat org
..ragam org meniaga..org cleaner..pekrja2 tesco lepak smbil tggu shift..Gelagat couple..hai,mcm2 ar..

nak tido kt opis xselesa..bising dgn panelnye suara..mana nk lepak..sini je la..kang dah nk maghrib aku masuk opis balik..

Kalau ikot an ati..dah lama aku balik umah jap.mandi..pastu dtg balik ke opis.memandangkan klu balik dh masuk umah..dah mandi..dah start chating dgn family..mmg mula la perangai mls nk kuar umah..dri cenggitu baik toksah!

lepal kat sino mkn nasi goreng paprik thai plus milk tea coolblog..walopon menu agak bosan dari fizikal + rupa..aku bedal ajer..asal perut x kosong..

Harap2 mlm ni panel aku xbalik lambat cukup setakat kol 12.30 jer..penat seyh..minggu ni aku xde rehat langsung..straight working..sampaikan adik aku kate yg aku ni workholic..bkn workholic,tp dh terpaksa dik...nk wat cmner..kuli..bkn owner of the company..

25-28 hb sept;

hari2, dri pg smpai le mlm..de prgrm..boss let go aku bulat jg prgram provoke panel buat noss..klu aku ni pkar hebat wat noss xpe la gak..tp hakikatnye..aku ni lesen fasilitator noss pon xde ag..huhuhu..xpela..pengalaman beb..bkn sng nk dpt pglmn cengini. Panel2 pon dh mcm sedara sndiri..al-mklum la,photographers.. gila2 mesti ada..

Penat bukan kepalang..klau kije iklas sune mnjadi doa dan tawakak sja pd yg Esa..

Ok tutop buku..

Sekejap je insaf...

Salam,

Manusia ni betul la..
Bila susah
baru ingat nk buat baik
Baru ingat nak buat amal jariah
Baru ingat nak beri sedekah
Baru ingat nak byr segala hutang
Baru ingat nak tunai haji & umrah

Manusia ni betul la..
Bila susah
baru nak korek kocek yg kering
Baru nak rancang perbelanjaan
Baru nak Amek taw bape hutang
Baru nak amek kesah ttg welfare org
Baru nak kesah sape yg berhutang

Manusia ni betul la..
Bila senang
Tak ingat dah yg bawahan
Tak ingat dah yg murah
Tak kira dah apa yg berpatutan
Tak ingat dah sapa kawan
Tak ingat dah sapa musuh
Tak kesah dah segala yg dirancang
Tak amek taw dah pasal hutang
Tak ingat dah sapa tuhan
Tak ingat dah hukum hakam

Macam tu la manusia..sbb perkataan manusia dlm bhs arab adalah al-insan..terbit dri prltan nasa-a yg brmaksud lupa. Maka dari sifat perkataan itu sendiri telah mencirikan manusia itu..yang kita itu adalah seorang pelupa..sering x ingat..maka, dengan itu Allah sentiasa ingatkan kita dgn ujian yg perit..ujian pedih dan sadis,ujian yang berat dan susah..agar kita sentiasa ingat pada dia tak kira wakti susah atau senang..

P/s: ni tazkirah utk diri aku dan juga readers..sbb skunk ni aku diuji dgn ujian-Nya..