6 Jul 2012

::DESCUM COURSE D5 - FINAL::

Salam & ANyeong~~

Hari ni, last day perkampungan kursus descum utk siri 16/12. Nak citer gak pengalaman tido n makan kat hotel selama seminggu.best2 mmg best. bangun je pagi , mandi dan terus g breakfast..breakfast lak macam2 makanan ada..pastu masuk hall dgr talk sikit, wat kije sikit...dlam kol 10 morning tea lak..then, lunch lak at 1 o'clock..mkn macam2 lagi..then, masuk bilik jap lepak2..turun, dlam pukol 6 ptng naik bilik balik, tengok2 bilik dan dikemas oleh housekeeper. ferghhh...berlemak2 la memasing kalau duk hotel. Untuk sehari dua okay la..tapi kalau seminggu rasa x sedap perut aku dibuatnya..makann hotel, tau2 je la..artificially cantik kat luar, persembahan makanan tu lebih menarik dari rasa dan isi kandungan. O mang aih~~ dah macam komen judges rancangan master chef la pulak..

Okay, continue our story..hari ni hari penyampaian sijil bagi semua peserta kursus descum siri 16/12. sorang2 nama dipanggil untuk tampil kehadapan menerima sijil penyertaan kursus oleh Dr.Marzuki dan Pn. Mahani. Supposely orang ciast big boss dtg bagi certificate..tapi disebabkan aral tertentu dia xdapat dtg. xpe la..x kesah la sapa nk bagi pon..yg penting sijil tu aku dapat..heheheheheh!

Acceptance..Dr.Marzuki, ala doc. awat mata tutop.
yang x bley bla ramai ingat aku ni puan..aku cik la!!
Habis je sesi persijilan we ol pon ke session shooting..sebagai kenang-kenangan.nasib baik En.Kamarul, Liza, kak ita ade bawak kamera..xde la ralat sgt klu aku x punya 1 gadget amik gambo pon. Gambo2 ni utk kursus descum ni all credits to them k..(thanks korang...)

paling best, gambo group..
duduk (kiri) : En.Hishamudin, En.Anuar, Dr.Naryan, Dr.Marzuki, Pn.Mahani, Pn.Roziah, Cik Norita, Pn.Rosidah
Tengah (kiri) : Cik Norliza, Pn. Fatimah, Pn.Salbiah, Pn.Zubaidah, Pn.Zuriha, Cik Nurul a.k.a Najwa latif..
Belakang (Kiri) : En.Faizal Khan, En. Rosman, En. Edriel, En.Ali, En.Rashid, En.Kamarul

Gambo2 candid yang lain...

from left, liza-aku-kak zubaidah-kak ita

5 Jul 2012

::DESCUM COURSE D4::

Salam & Anyeong..

Hari ke-4 adalah hari mendebarkan..mendebarkan bagi aku yang kena pegi present 2 benda. Satu SLDN bagi bidang Printing Management tahap 4 & 5. Satu lagi present kerja kumpulan yang dah berapa malam x tido utk siap. 


kak fatimah, kak sidah, ali ..sempat posng gitew..

Kalau present kerja kumpulan utk kursus ni mmg aku x nebes sgt..sbb kalau silap, kalau ditegur ia adalah pelajaran dan ilmu yang perlu diperbaiki dan masukkan dalam pale otak. tapi bagi kes g present utk SLDN (Skim Latihan Dual Nasional) present depan pegawai bertugas dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mmg cuak dibuatnya. al-maklum la..aku g present tu sebagai proofreader. 

Pagi hari ke-4, we ol diberi masa untuk menyiapkan segala2 nya berkenaan dokumen kerja kumpulan..kasi touched-up sikit..pastu after zuhur present. Dalam tgh hari, aku cabut jap kat cyberjaya utk sesi presentation SLDN. dlm kol 4.30 aku chiao balik (going back) ke shah alam utk sesi presentation kerja kumpulan. 

Paling aku rasa survival was tumpang kereta panel expert SLDN printing En.Najib. Thanks En.Najib kerana tumpangkan aku yang berkursus dekat shah alam.tapi kebetulan lak en.najib nak singgah tesco extra shah alam nun. nak beli barang umah..segan x segan..aku kesian an en.kerol ngan kak leen yang dtg amek aku pastu nak g htr balik ke shah alam, then nak reverse balik ke bangi dan seremban.


mmg cam madam...teringat aku ngan madam zura (missed u so much mem)



Sampai je di lokasi kursus, aku pon masuk balik hall..nasib baik aku sempat present. kalau x present maka xdapat la aku sijil kursus kali ni. hhuhu..macam2 bende aku belajar dan take note semasa nak present dokumen noss. Yang paling utama, jangan lupa bentangkan scooping chart, jadual related skill dan knowledge yang telah dipelajari. Bukan tu aje, jangan lupa bersiap sedia dari segi slide dan dokumen yang lengkap semasa hari pembentangan. 

Macam2 gelagat dan cara present kita boleh tgk..ada yang baca je (aku le tuh), ade yang over excited..dll..macam2 drama we ol wat nak kasi sesi presentation tuh hangat dan panas. Our presentation continued until 7.30pm..lama tuh..


dah macam cyber cafe dah...memasing on kan lappy..



So, malam untuk hari ke-4 we ol dah free!!! yeay!! boleh lepak2..nak melepak aku xde cash, gaji tarak masuk lagi..last, jalan kat tesco je.."thanks kak ita, bwk nuyul naik kete g tesco.."
Even g tesco yang dekat wktu mlam je aku dah kena sakat dngn bunian mase tido..mencabar sungguh mimpi aku..tu belom aku g kolam renang kat stadium akuatik tuh..

So, the next day is the final day of DESCUM course. Tomorrow will be certification day. 

See ya!

4 Jul 2012

::DESCUM COURSE D3::


Salam & Anyeong...

Dua post yang lepas pasal hari pertama dan kedua aku join kursus DESCUM. DESCUM ialah Development Standard of Curriculum (lebih kurang gitu la..tepat ke x aku xtau..) untuk hari ke-3, adalah hari yang sangat2 penat. Penat bukan sebab terlalu byk aktiviti luar dan sukan. Tapi aktiviti memerah otak untuk mncari kompetensi individu yang bekerja dalam suatu bidang yang tertentu. Sejak dari hari kedua kursus we ol (participants) telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan. Satu kumpulan kena buat NOSS Tukang Kebun dan satu kumpulan kena buat NOSS Pembantu Rumah…mula2 tu mmg agak perit gak la nak paham..rasa macam nk tercabot isi kepala aku nih.
group works..yg kat whiteboard tu Ali, sebelah aku yang baju biru tu kak roziah..
yang putih tu en.nuar

Tapi, proses pembelajaran xkan dtg dengan sekelip mata. It takes times..tol x. tipu la kalau kata yg korang masa belajar ABC tu sekali sebut je dah kenal abjad. Korang amek masa gak kan? Paling cepat dalam 3 hari atau seminggu. Hehehehe. Camtu gak la klu kita yang dah tua ni nk tmbah ilmu. Ngeee..amik masa. Sangat2 amik masa.

ni la dia chief aku en.hishamuddin from vocational school kluang johor
pastu en.anuar (asst.chief) from kementerian pelajaran malaysia bahagian kurikulum.

Hari ke-3 adalah  hari kesinambungan dari kerja sindeket/berkumpulan yang aku bagitau tadi..yang kena buat NOSS bidang yang telah ditentukan oleh penceramah DESCUM siri 16/2012 ni iaitu Dr. Marzuki. hehehe..punyalah byk post pasal descum course..aku terlupa nak introduce penceramah yang lead our sesi kursus kali ni..

Sedikit pengenalan mengenai Dr.Marzuki. Dia ni adalah penasihat bagi persatuan human resource Malaysia. Dia jugak banyak melibatkan diri pembangunan standard kemahiran dan juga dalam bidang akademik. Bukan itu aja, dia jugak berpengalaman dalam menubuhkan university luar Negara. Bangga x? anak melayu kita seperti Dr.Marzuki yang banyak menyumbangkan dan mengharumkan nama Malaysia dengan hasil kerja dan kemahiran yang beliau ada. NOSS berkenaan dengan HUMAN RESOURCE doctor ni la yang buat..mmg standard yang dia bangunkan mmg betul2 mengaggumkan. Ngeeee..

Hari ke-3, waktu malamnya byk kami habiskan masa bersama dengan kerja sindiket. Kerja sindiket ni perlu dibentangkan bagi tujuan memperoleh sijil fasilitator pembangunan NOSS/DESCUM dibawah seliaan CIAST. Malam hari ke-3 ni mmg berhabis-habisan menyiapkan dokumen kerja sindiket sebab hari ke-4 (esoknya) we ol dah nak kena present.

Masing2 bukak lappy..working time~~
Walaupun we ol yang hadir utk ses kursus descum kali ni x la expert sgt psal kaedah descum ni..tapi so far, alhamdulillah aku paham konsep kaedah menggunakan descum. Thanks Dr.

tudung pink kak rosidah dan yang purple kak fatimah..
both of them are vocational school teachers at Setapak, KL.
Kita sambung nanti ye..

2 Jul 2012

::DESCUM COURSE D2::


Salam & Anyeong..

Hari kedua aku kat descum course, participant di dedahkan dengan sesi pengenalan peserta, pengenalan ttg JPK, CIAST, DACUM, DESCUM, NOSS dan CUDBAS secara amnya. Nak amik tau sume segala2nya mmg amek masa yg agak lama..peserta yang hadir bukan calang2 orang..dan bukan dari company outsource wat noss. Kebykkannya dri private skill academy yang dtg utk mempelajari kaedah pembangunan standard dan curriculum NOSS nih..byak yang dtg dari Jabatan kebajikan msykt dari pelbagai daerah..ada gak yang dtg dari sekolah vokasional yang x kira negeri, boleh kata aku je yang dtg dari company pembangun NOSS..

Dalam pada menimba ilmu dgn Dr. Marzuki..aku rasa best sgt2 dapat berkenalan dengan orang yang berpengalaman dari aku, yang berbeza bidang mereka dengan aku. Mostly sume dari bidang elektrik dan elektronik. Aku bahagian management..pulak tuh ada yang community service. Errrmmm…best2..

Hari ni aku tido berteman..ngeee..sbb rum8 dah masuk..nama dia akak ita, aku salute gak ngan dia , bina kerjaya dgn bukak bisness join venture ngan member dia, iaitu kedai dobi. Kedai dobi pon kedai dobi la…asal berniaga. Asal bolih kasi rolling modal. Aku respect kat dia lagi sbb dia manage byk kursus pendek cam photography, photoshop dan lain2 yang berkaitan dengan IT. LIhat, sapa kata orang melayu x pandai meniaga..asik puji bangsa lain saja. Yang penting kita meniaga x main judi..x main nombor ekor..meniaga cara yang halal disisi shariat islam.

Hari ni aku paham betapa pentingnya NOSS tu, segala persoalan why NOSS is very important is now answered. NOSS amat berguna untuk banyak benda..antaranya sebagai salah satu bahan bukti dalam perundangan dan tuntutan welfare pekerja. Bukan itu sahaja ianya amat berguna untuk kenaikan taraf gaji seseorang pekerja mahir. Kalau nak gaji lebih mesti kasi tengok skill apa yang dia ada dan pada level apa dia berada dlam NOSS tu. Kebanyakkan kerja ada dia punya standard dia. Even kije kita sbagai seorang tukang kebun pon, pengasuh bayi pon ada standard occupational dia. 

Haaaa..mantap x dunia industry dan skill? Selain itu NOSS juga dapat membantu kerajaan bagi menjadikan negara kita sebagai pengeluar tenaga buruh pakar dan berkemahiran tanpa mengira bidang. bukan itu aje, NOSS jugak boleh jadi sebagai kayu pengukur bagi menjadikan MALAYSIA sebagai sebuah negara maju. (insya-Allah dengan izin-NYA)

Hari ni hari sesi pengenalan peserta kursus, sesi pengenalan mengenai NOSS as what i've mentioned previously. BUkan itu saja, hari ni jugak adalah hari we ol dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan kerja2 sindiket (kerja bekumpulan) utk membangunkan satu NOSS bidang Landscape Gardening Level 1-3.

DESCUM one of techniques used for structuring && developing the NOSS

Sesi pengenalan mmg best. sbb dari situ kita dapat tahu yang datang hari tu dalam dewan tu adalah siapa..bukan calang2 (as mentioned above). Selepas dibahagikan kepada 2 group we ol diberi tugas utk membangunkan NOSS bagi bidang Tukan Kebun (kalau dalam english gempak sikit - which is Landscape Gardener) 

Untuk 1st day working in group we ol buat OAA (Occupational Area Analysis) dan buat OAS (Occupational Area Structure). Then, we ol proceed to develop Competency Profile Chart (CPC) bagi bidang tukang kebun berdasarkan dengan apa yang diajar oleh Dr. Marzuki.. Naik pening pikir apa tugas sebagai seorang tukang kebun. walopon kerja dia nampak senang jer..tapi bila kita men-standard-kan skill dan keterampilan seorang tukang kebun tu memang mencabar...sebab tukang kebun itu bukan kepakaran kita. Sebab itu kalau kita nak membangunkan apa-apa bidang NOSS, satu bengkel NOSS tu perlu dihadiri oleh paling minimum 8 orang individu yang mahir, yang pakar dan yang berpengalaman dalam bidang tertentu. 

Ha...tu la..dulu asik tengok orang buat noss..jadi typist/recorder bengkel noss..ha, skunk rasa sendiri betapa susah dan berbaloi nye kalau kita ada kepakaran buat NOSS..menurut Dr. Marzuki lagi satu bidang NOSS dianggarkan bernilai 80K. lepas dah tolak kos bengkel dan pelbagai untung bersih boleh dapat dalam 15K..perghh..lumayan yang mabelos..tapi azab dan perlu penuh dengan ketekunan.

Sekian buat masa ni..next post kongsi lagi.





1 Jul 2012

::DESCUM COURSE D1::



Salam & Anyeong...

Hari ni aku kat hari pertama kursus descum. aku transit kat opis dlm kol 4.20 petang, pastu naik atas opis jap men2 tenet dulu survey hotel johan yang kat jln melaka raya.hotel budget yg cnatik di tepi jalan tuh...pastu alih2 boss picked me up lambat.so, apa lagi...aku pon buat muka sardin kat dlm opis tuh..xde hal la..sbb boss yang htr..xyah nak cemas2 cuak2 ke ape..klu lambat pon xkan orang orgizer tuh nak marah kite an..dia organizer mesti nk org dtg punyer..hehehehe..

Naik estima boss..lalu labu-semenyih n bandar enstek. kejap je seyh..departed from opis seremban 2 dlam pukol 5.30, alih2 sampai kat shah alam, kat hotel carlton ni dlm kol 7 tepat..daebak!!!

OTW sampai, dalam estima tuh siap ade anak2 boss lagi..masing2 sedang mmbesar..ade yang umor 2 tahun lebih dan ade yang sekolah menengah dan sekolah rendah...teringat aku mase aku ngan adik aku membesar..berjimpit..klu dulu we ol adik beradik xpakai estima..mane de ujud kete estima uh..kete mpv tuh..paling gah dulu mase we ol membesar..van nissan vennet(xtau la aku eja betl ke x)..rase cam dah betol dah eja...ngeee..ok, dah sudah..stop citer pasal boss aku ngan anak2 dia.

SKunk ni aku nk citer pengalaman hari pertama aku sampai kat kursus descum nih..masuk je lobby hotel...o courszes  la aku serang recept area..heh3..nak tnye bilikaku dimana n dengan sapa aku bermalam..kuang2..(rum8)..aku ingat dah kije xde rum8 ag dah..alih2 ade gak..nasib la badan..ngeee..kalu xnak be-rum8..kena kasi diva diri ko dlu yoi oi...

aku berkenalan dengan organizer descum, nama dia pn.mahani. muka/wajah dia mcam bisa ku kenal, tp dimana ya???? deung3x~~ aku pon dgn slumber+otai pekernalkan diri aku..-salam2 ar..pompuan an..of courzes kna slm, adab kan..pastu aku pon diberi kad bilik..nun, bilik aku kat tingkat 3; room no. 305; rum8 - pn.bahiyah muhammad. aku xkenal lagi orang nyer..sbb dia xmai lagi..klu ikot surat jemputan, dia orang perak, kije at jabatan kebajikan masyarakat daerah kinta perak..kalau xsilap aku ler..

lupe lak nk citer, hotel bersebelahan dengan pusat akuatik negeri selangor dan dekat dengan tesco extra. disebabkan gaji xmasuk maka..harapan nak pegi shopping kat tesco tu punah ranah..sabo je ler..

ok la sambung sok..

p/s : heol~~ wifi xde kat dlam bilik. time ni baru rase betapa pntingnya broadband. huhuhu..

26 Jun 2012

::NOSS - Photography Tahap 4-5::


Salam,
mlm ni before aku tido, aku nk citer sikit pasal program NOSS yang berlangsung pada 24/6/2012 & 25/6/2012.
Panel yang hadir mmg otai2 dan berpengalaman..sume tu hasil usaha aku research dan selongkar website/blog2 photographer yang masyuk2 dan cantik2 kat search engine GOOGLE. 

Berikut adalah gambo2 mase program yang aku curi2 amek..bila la nak pakai G.S.Note ni..bley gambo lawo sikit..hehehehe

signboard our prgram's venue

my panels; all photographer
From left; En.Saiful (studio mediakreatif owner) En.Naim (Hon.Sec.MPPA), En.Aswad (Utusan Photographer)

also my panels.
from left; En.Abas (Akademi Seni Foto's Principal), the red t-shirt En.Kamaruzaman (from Bernama) and  Cikgu Saheh (En.Abas photography's sonsaengniem = teacher)

throwing their ideas..

ideas~~SSS

discussion..my facilitator (red-yellow) T, En.Kerol 

tak tahu nak citer ape..sepanjang program memasing ade kepakaran dalam bidang photography yg pelbagai. Sebenarnya photography is a spacious field of art. we have Press Photography, Commercial, Potrait, clinical, forensic, aerial photography, wedding and many more. so, we hope in the future photography could be a well-known and respectable profession..hehehe

bukan setakat amik gamba je dey ol ni..skill lain yg terlibat utk amik gamba dan untuk mempertahankan hak mereka sebagai ahli seni foto adalah mencabar. Law pon kena amek tau..etika sbagai seorang jurufoto pon vital. sbb, kita byk tgk photographer generasi muda skunk selebet jer..ade yang xde amek gamba utk certain functions x mengikuti etika berpakaian dan tutur-kata..hermm..tp bkn sume photgrapher generasi baru cenggitu ade sesetengah dikalangan mereka ajer..betol x?

okay la sekian..

25 Jun 2012

::Doodle Pt.2::


Anyeong~~
kali ni update post dgn karya cute aku..
semua karya2 ni dihasilkan masa program NOSS photography thp 4-5..
so, bertambah gak koleksi wallpaper hp aku..hehehe..

pirate of the curry-bean

spesel tuk hyunai..xtau la ade rupe ko ke x..

mat pit or orochimaru?

music is my essence

huinan beauty

errr...ku xtau nak letak tittle ape..

So, that's it..
harap korang suka..ngeeee...




This entry was posted in

23 Jun 2012

::VACANCY JOB JUN 2012 - IT ASSISTANT::


VACANCY: IT Assistant

We are now looking for the candidates to join working with us as IT Assistant.

Requirement:
1) Minimum Diploma in IT/Multimedia and other related fields.
2) Skillful in handling database, multimeida and graphic design.
3) Skillful in using graphic design software e.g; ai & photoshop.
4) Can work under pressure.
5) Multi-tasking individual.
6) Have an experience will be added as advantages.
7) Preferable candidates: Male

Fresh graduates are also encourage to apply.

If you're interested, kindly send your resume/cv to jauhari0@yahoo.com
Close Date of application before 13th July 2012

Any enquiries you may directly to Ms. Nurul at 06-6013825

This ads are from;
Idaman Jauhari Sdn Bhd,
No.382-2 Jalan Haruan 4/1,
Oakland Commercial Centre,
Seremban, 70300,
Negeri Sembilan.
(Our office is behind Columbia Hospital)
This entry was posted in

18 Jun 2012

:: Bercuti tak hengat!::


Salam, 

kali ni aku nak post an satu entry pasal bercuti. hehehehe...al-maklumlah, bukan senang nak g bercuti bia semua adik beradik kita dah besar dan dah bekerja. So, mama and ayah aku pon suggest nk pegi bercuti pada 16hb JUn 2012 yang lepas. Mula2 plan nak g bercuti di terrengganu sekali dgn kenduri akad nikah anak maklong. memandangkan budget x berapa nak besaw, serta ada masalah kondisi yang lain, maka...we ol pon bercadang nak kuar jalan-jalan ke melaka..ke banda hilir...nak tengok kapl besaw (kapal belanda) yang tepi laut tuh..dulu masa aku and sibs(adik beradik) kecik2 kapal besaw tuh kat tepi sungai/laut (aku xbape nak ingat). Tapi bebaru ni bila pegi, mak aih....dah ketongah kapal bosa tu di buek eh..


::>DESTINASI 1 - ZOO MELAKA

mula2 we ol 1 family xtau nak g mana kat melaka. sbb byk sgt tmpat yang boleh nak pegi..jadi apa yang pasti, we ol singgah pegi zoo melaka..cuci mata tgk benda2 yang hijau, tgk alam flora dan fauna ciptaan Allah SWT..(fergghh ayat..) punya lah berlagak xnak naik tren..hah! ko~~~ rasakan..penat x terhingga la..tulang rawan kaki aku rasa cam dah haus jer. tu baru jalan 1 zoo melaka yang besaw tuh..belom jalan2 kat tempat lain lagi tuh.

entrance zoo

::>LUNCH @ AREA MASJID

exit dari zoo, siap shopping topi ducth berbagai...we ol singgah masjid yg kt MITC melaka tuh..dah solat serba serbi we ol picnic kat area pagola food court yang berdekatan masjid. walopon cuaca agak panas terik, tpi sebab berjalan pnya pasal...segala panas tu buang tepi! heh2..

::>DESTINASI 2 - MYDIN MiTC

lepas lunch terus nuju ke mydin..x shopping byk pon, just tmbah hutang ngan mama aku beli blouse + seluar slack g kije..adeh! nak ratus gak la cost beli baju n seluar tuh. aku kat dlm mydin mmg penat habis, sbb jadi model kuar masuk, kuar masuk kat fitting room try baju. huhuhuhuhu


::>DESTINASI 4 - BANDA HILIR, RIVER CRUISE

signboard river cruise near to big vessel
dari mydin mitc serta berbekalkan GPS ngan map yang xda...maka,we ol nak g banda hilir..tempat yang banyak benda2 bersejarah nih..nak mama aku yang teringin bebenar nak naik river cruise waktu malam. sebab apa malam menjadi pilihan? sbb xpanasdan pemandangan waktu malam lagi best dan memukau...ada byk2 lampu2 dan nyaman...even aku ade terbau minyak petrol cruise..arrhhhh..lantak, yang penting aku happy. hhehehehe...sampai je banda hilir plus minus sesat lagi...dalam 8:00++..tu belom tmbah masa nk mencari hotel bdget..yela, bercuti yang x dirancang ni mmg penat sikit. dgn area pekan banda hilir yang sesak dgn kete la, bas persiaran la...sesak beb! survey2 nyer survey..dapat la menginap kat 1 hotel budget ni.HOTEL PERMAI nama nya..hotel ni area rumah kedai yang xjauh dari DP (DATARAN PAHLAWAN), MAHKOTA PLAZA, MENARA TAMING SARI, MUZIUM TLDM, MUZIUM KAPAL BELANDA tuh..kalau dlm map mmg tmpat2 ni dekat2..tapi klu real, dataran pahlawan jer dah sebesar stadium. bkn tu je, Mahkota plaza pon..menara pon..penat mmg x dinafikan..tapi kalu berkereta la kat tmpat camni..konfom korang akan stuck in traffic jam. hahhaah..

so, we ol pas check-in, bersiram bagai..kuar..dan berjalan menuju ke rver cruise yang terletak nunnnnnnnnn kat area muzium kapal besaw..jap2, kapal besaw belanda tuh muzium ke hah? sbb waktu mlam pegi kan..we ol target pon nak naik river cruise, maka tmpat2 lain tu amik x endah jer.


river cruise fees; affordable gak la. utk dewasa rm10, kanak-kanak lak rm5. jauh perjalanan...aku bgi advise kalu naik cruise ni,nak2 naik waktu malam.. jangan la korang asyik snap gambo pemandangan tepi2 sungai yang lawo2 tuh..nikmati pemandangan sepuas2nya..sok2 kalau datang lagi, korang nak snap gambo bape bnyk pon xpe..tpi klu cam korang tuh HD nak mati...tahap gaban nye lawo gambo video nyer, xpe..ko shoot je...dari awal smpai la habis perjalanan cruise tuh..hehehe..tapi lebih baik korang nikmati pemandangan dulu.

dalam perjalanan menyusuri sungai melaka tuh, sempat tgk Kampung Morten, kampung ditengah bandar..yang masih lagi mengekalkan bentuk dan ciri2 rumah melaka. waktu mlm, mmg terbaik!!! lampu kat area2 rumah kampung mmg fergh!!! (aku xtau nk guna ayat apa dah..) korang g la sendiri..bagi yang belom penah pergi la..

xlupa gak deretan rumah kedai, cafe2 ber'wifi utk pengunjung pon we ol lalu masa naik cruise..bahagian belakang rumah kedai dihiasi dgn lukisan spray (grafiti) yang melambangkan kebudayaan, warisan dan kemegahan negeri melaka...Pirate Bay theme park pon boleh tahan gak..ade viking, ferris wheels..dll..sume ni korang bley nmpak masa korang naik cruise...

::>DESTINASI 5 -  BANDA HILIR, PAHLAWAN WALK

dah gayat bayai naik cruise, mase otw nak balik singgah jap kat pahlawan walk..ala, macam bazar kat danau kota ngan yang kat petaling street. rugi xde duit mase pegi nih..klu x konfom aku dh beli mcm2..huhuhu..nak2 baju or handbag..xpela, masih ada masa lagi kan..next time kumpol duit, pastu enjoy jln2..punya la byk dan panjang bazar2 tuh, maka we ol pon amik keputusan jln separuh jer..sbb kaki memasing dah x larat plus we ol xdok pitih!!!! warghhhh~~~nyesal g time gaji dah abih..

::>DESTINASI 6 - MENARA TAMING SARI


Seawal jam 10 pagi we ol check out from hotel, dan berjalan kaki nak ke Afamosa castle..we ol 1 family xtau arah nak kesana..tapi mengikut org kate, segala2nya ada di banda hilir nun..maka dalam pada nak mencari kota afamosa tu, we ol singgah jap kat menara taming sari.aku x naik pon menara tuh, sbb fulus xda. so, adik bongsu aku jer dapat..xpa la..sok2 klu aku g aku naik gak t. dalam pada tunggu adik aku turun dari menara taming sari tuh, aku n girl sibs g try mintak pertolongan dari orism malaysia ye office yg teerletak kat dlm bangunan kaunter tiket menara tu...

gegelung menara yang sedang naik..hehe.bahasa akuh..xbley bla..

::>DESTINASI 7 - A'FAMOSA CASTLE



Dengan pertolongan org tourism malaysia, we ol guided by map yg diberi lalu menuju ke castle yg we ol nk sgt pegi. lalu la park yg berdekatan dgn kolam renang MBMB (yg capital letter tu ak xbape pasti betol ke x), tp yg pasti we ol pass through the way that in between park & swimming pool tuh. dlm pada menyusuri jln tu, we ol ada 1 landmark iaitu tugu kereta lembu dan replika keretapi yg lama sih lagi dlm proses pembaikan). lama2 berjalan, we ol nmpak bangunan merah yg mcm bngunan jam besar nun..sederet tu sume nye muzium, muzium islam la, muzium setem la, muzium kecantikkan (masih renovate) dan mcm2 jenis muzium ada. paling hebat sume dikenakan fees..walopon x mahal..tp kena berjimat..karang xde duit nk balik pulak kang. hehehe..

rehat jap..hongeh!
salah satu muzium di deretan muzium2..
apa lagi memasing, sibs (adik beradik) aku mmg sakan bergambo la..snap sana snap sini..mmg letih berjalan dan bergambo...lepas melepasi deretan muzium2, akhirnya jumpe jugak we ol dgn kubu afamosa...haaa, klu dulu tgk kt dlm buku teks sejarah jer..iyes weh, aku mmg xpenah g pon afamosa castle ni..xpernh cikgu aku bawak kesini..mungkin sbb ketinggian. castle ni terletak, nun.....atas bukit..mmg jenuh nak naik, lebih kurang nk pnjat tngga batu caves jer..menggeletar keting kaki aku nih..bukan tu je terasa la tulang rawan aku ni lembik bebenor..sampai je kat atas, fergh....cantik!! ape lagi posing! posing! posing! bila dah sampai atas baru la we ol sedar bahawa klu korang yg menginap kat mana2 hotel budget sekitar hotel hatten korang naik je dataran pahlawan tuh, pastu jalan menyeberangi dataran pahlawan tu. kalau nak terus ke afamosa castle..

::> DESTINASI 8 - CHENG HO'S GALERIA, STADHUY BUILDING, RED CHURCH, 


jalan menuruni kota afamosa, we ol x turun ikot pintu depan afamosa..susur je belakang muzium2 yg we ol lalu masa nk naik ke afmosa td..susur nye susur we ol turun ke galery laksamana cheng ho. then turun lagi ke building stadhuy building yang bersebelahan church warna merah dan ada landmark jam besar..dekat lorong diantara bangunan stadhuy dan church tu ade bazar yg menjual brg kraf...

::>DESTINASI 9 - BIG CLOCK

dingdong..

menyeberang je jalan dari red church tu korang akan nampak satu gerai jual cendol. nama gerai tu, CENDOL JAM BESAR..harga boleh tahan dengan rasa yang sedap + nikmat..hehehehe..before we ol across the river to jonker walk, tetibe de lak couple explorace ajak aku minum cendol disebabkan 1 of their 
mission..so, aku dpt mkn cendol free..hehehehe..neway, thanks..dey ol from MP Jasin maybe dtg melaka sbb de wat family day kowt..ngeee..

::>DESTINASI 10 - JONKER WALK

lebih kurang petaling street, tapi classic masic gitew..

jonker walk ni paling best klu pegi waktu malam, sbb no cars are allowed..kat jonker walk ni, kalau nak beli barang antik mmg byk..hehehe..cuma duit je yg xberapa nk best..xpe next time g kna beli 1 ole2..

::>DESTINASI 11 - RIVER SIDE WALK

river side walk..area sini mmg ala2 macau..deretan cafe kebanyakannya cafe beralkohol
before enter jonker walk, we ol sempat nikmati pemandagan river side walk..nak rasa gak jalan2 kat area river side..sbb smlm tgk tang dalam cruise jer..tapi waktu mlm paling best klu nk jln2 near the river..dengan angin sepoi2 bahasa..ferghhh~~ al-konon nye nk jln2 smpai ke kampung morten klu lalu river side tuh..last2 separuh jalan jer..sbb ayah n mama penat sudah~~ hohoho..

::>DESTINASI 12 - CENDOL JAM BESAR

jemput minum.slurpp~!
lepas je jalan2 kat jonker walk yang sesak ngan orang + kereta2..we ol patah balik ke jam besar, singgah minum cendol kat situ..seperti yg aku dah citer td kat atas..gerai cendul ni mmg hits habis..hot items! sbb, cendol yang sedap dan harga yg berpatutan dgn rasanya. we ol minum cendol jagung, kacang yang berharga rm1.70 semangkuk. pastu we ol order, try minum ABC Spesel (ABC ice cream) ngan Cendol Ice cream yg berharga rm3.00 per each..pergh..sedap weh..nak2 tekak tgh kehausan..sok2 klu pegi melaka ag, aku nk minum2 kat situ..

ABC ice cream..
Cendol ice cream

::>DESTINASI 13 - DATARAN PAHLAWAN MALL

mase on the way nk balik kat parking kete a.k.a nak balik seremban, we ol sempat singgah masuk Dataran Pahlawan Mall yang bawah tanah tuh..sbb panas luar tak tertahan ag, we ol amek kesempatan lalu mall bawah tu, sejuk an badan jap..singgah wee wee jap.. (wee wee tu ken***g) smpat ag tuh we ol snap2 gambo kat dalam mall tuh..

sejuk an badan jap, kat dlm DP Mall
::>DESTINASI 14 - MAKAN @ MAMAK STALL AREA MYDIN MALL

ni pon jadi salah 1 destinasi, heh2..penat yang melampau dari banda hilir mmg berdenyut2..we ol sepakat solat zuhor at masjid ayer keroh/mitc near mydin tuh..then, havin our lunch at mamat stall outside area mydin mitc..bukan main kepalang kebulor..before berangkat pulang ke seremban..we ol sempat tapau steambot..

::>DESTINASI 15 - PENGKALAN BALAK


aku rasa cuti kali ni mmg adventurous!! sbb dengan map general we ol dpt from tourism malaysia kat menara taming sari tadi mmg berguna gak la sbgai panduan we ol nak menuju ke pengkalan balak dari ayer keroh..family aku mmg x rancang..tapi best woo bila bercuti ala2 main redah camni..(time x ramai org bercuti xpe..cuba time cuti sekolah,mati kutu nak cari hotel budget..)

dari ayer keroh, we ol amek la jalan yg nak ke alor gajah, dari situ we ol predict klu nk ke pengkalan balak mesti menuju ke belah tenggara melaka..yela, alor gajah kan dah nak dekat ngan tampin yg sebelah utaranya. dari alor gajah we ol berjalan nuju ke masjid tanah dan terus..sampai la we ol nmpak signboard de tulisan pengkalan balak/tg. bidara...

pengkalan balak...pantai yang best dengan kedalamannya..hehehe..
SEE? xyah guna GPS pon..bkn nk berlagak eh, tapi adveturous ni mmg best..bukan senang tau nk dpt experience cenggini..sampai je Pengkalan balak, we ol just singgah kejap je..sbb surau xde nampak pon..(ada cuma x nampak kowt..) even, kt area2 kg.sungai baru ada surau nyer..tapi surau dia byk yg kecik2 dan macam kepunyaan perseorangan jer..lastly nampak gak masjid al-hafiz area2 situ. selesai solat we ol terus an perjalanan..

::>DESTINASI 16 - JAMBATAN MUARA SUNGAI MELAKA,NSDK

dlm perjalanan we ol menyusuri jambatan yang menjadi sempadan melaka dan negeri sembilan..kat jambtan ni we ol nmpak kapal2/bot2 kepunyaan nelayan dan polis marin kat tepi muara sungai melaka-negeri sembilan.

sayonara melaka..

::>DESTINASI 17 - PORT DICKSON, TELUK KEMANG, PD WALK-WAKAF REFLEKSOLOGI

singgah PD just utk solat maghrib..sementara nak tggu waktu maghrib, we ol mkn steamboat yg ditapau dari melaka tadi..kiranya we ol dinner at PD la nih..hehehehe..masuk je maghrib we ol konon nye nak solat kat surau (facilities) yang ada kat PD WALK tuh..sekali bace, kunci pulak..cmner tuh?? kate facility..ape da~~aku paham kenapa dey ol kunci..

::>DESTINASI 18 - MASJID BAGAN PINANG, PD

kat masjid ni we ol solat maghrib..segan lak tetibe bila tgk kat perkarangan masjid tuh macam ade kenduri/jamuan..nak terus an perjalanan cari masjid lain rasa macam melewat2kan solat . paling segan org kampung kat situ siap ajak we ol makan sekali..xmau la..segan seyh..

::>DESTINASI 19 - RUMAH KU SYURGA KU..

haaa...ni destinasi paling best sekali!!!! sbb macam syurga kan..klu rasa panas pon xrasa nak berpeloh..klu rase sejuk pon xpernah lak nak rasa 

beku..hihihihi..ni la dia, RUMAHKU SYURGAKU..

Bercuti kali ni mmg best, walopon xdapat g terengganu diatas sebab2 tertentu..huhu..teringin gak nak g terengganu..huhuhu..tp xpela..masa masih panjang lagi..ingat dulu, masa plan nak g terengganu..mama and ayah siap suh we ol, yg bekerja ni amek cuti beberapa hari b4 or after the date maklong's kenduri..sbb nak g jalan ke kelantan..tp bende yang kita rancang itu akhirnya ALLH SWT yang tentukan..ha, last skali..xjadi g ganu..g melaka jer..

Penat seyh..mmg RUNNING MAN dibuat nyer..cam EXPLORACE pon ade..boleh cakap ar bercuti kali ni mmg se'budget2 yang mungkin..kalau xsilap aku ar..bercuti family yang hanya makan belanja RM600++ jer..x cecah RIBAN pon..

Akhir sekali, bagi korang yang belm pernah ke melaka..pegi la melaka..kalau yang dah penah jalan2 kat melaka mase kecik2 dulu, pegi la waktu sekarang..lain beb..everything...

p/s: aku rase orang melaka pon x berjalan 1 harian kat melaka..dorang simpan tours diorang utk cukup setahun..heheheh..



15 Jun 2012

::My art My sTyLe, la sangat~~!::

Anyeong, sejak usha2 galaxy note..tetibe enset aku yg G8 ni de gak function doodle..walopon xsehebat galaxy note..tapi karya2 yang aku hasilkan via G8 nih bg aku boleh la..boleh tahan la..so, aku nk upload kasi blogwalkers tgk2 karya yang x berapa nak agung nieh..heh3x..

pe opnion korang? ok? ermmm..boley larrr??

ni pengaruh citer korea il jimae...heh3x

sape ingat lgi eraser mase zaman sekolah rendah? darjah 2 sibuk beli pemadam ni byk2..kumpol dri A until Z...

elemen penting bagi org pompuan..

wishing you a bbbvverrry good niteeee~~!

aku ker? erk?

sape ingat lagi buku garis merah-biru utk penulisan..heh3x..mase aku kije cikgu, mmg muak tanda buku ni..

pemandangan?? katne nih? uhuk!
ok la..itu je wat mse nih..len kali aku uploasd yg lain lak okay?? sekian saje utk post belog utk hari ini..

This entry was posted in