ok lah..smpai sini jer entry kali ni.. next post, ermmm...T U N G G U!!
Kisah Atkins Episode 3 : Economy & Self Management Dalam Ber-Atkins
ok lah..smpai sini jer entry kali ni.. next post, ermmm...T U N G G U!!
Salam & Anyeong...
Hari ni aku rase macam nk bg tangan jer kat car washer(bangla la kan) yg drive thru nun..bukan ape..sejak dah x kije kat seremban 2 kat area senawang xtaw nak cari car wash rm10 yg siap cuci + vacum + wax tayar...(maybe aku mls nk g cari..nnti2 la)
Nak xnak, otw aku nak g wat wax & chat2 dgn mama..aku lalu singgah kat car wash drive thru area ampangan-jln ke jelebu nun.. masuk je.. bangla wat bla bla...percik air sana sini..spray snow bubbles...bla bla..simbah air sana sini...bg sign move foward....bla bla...masuk bilik rambu ramba...kuar...siap! (Saje explen lebey..nk kasi entry pjg sket) hehehe
B4 nk wax tayar aku request vacum..so, my car move to another section..just for vacum only. So, i just parked my car there & they started to do their works. Sedang aku syok2 duduk kat pangkin yg diorang sedia..tetibe mat bangla tu sergah dgn wat muke sinis..nak kate senyum pon x..nk kate dia smirk pon x..tapi dari tadi aku perhati...dia dgn member dia cam ckp2..aku rase dia kutok kete aku le tew.. so, slh sowang dtg tnye aku..
"Kakak...kereta kasi polish mau?!" Kata mat bangla
"Xmau.." seloroh je aku jawab. Sebab ape aku xmau..sebab polish rege kat papan menu tu rm120 henget kowt~~~
Pastu, mulot marketing mat bangla ni mmg bagus gak..dia nye berani wat promosi...mmg terbahek.. then, tetibe dia dtg balik..
"U pnye kereta..kalau kasi polish..itu warna boleh kasi naik..mcm baru..."
"Sy xmau..mahal!"
"Xde mahal..sy kasi murah..satu dua.."
Dengan berlatar belakangkan bunyi pam2 vacum..bunyi mesin rambu ramba tu..aku pon mula dengar lain...
"Ape? Polish satu dua? Singgit dua puloh sen???"
"Xde la kakak..x mahal...seratus dua puloh saje"
Nak aje aku hempuk bangla tuh..tapi control gwiyomi jer..hahahaha
Dah nak habis vacum..time aku nk hulur duit nk byr...eh.....dtg lagi sergah...wat promosi..tunjuk satu botol kecik..mcm bekas pil resedung yg pasar tani punye..
"Kakak..ini xmau beli ka? Byk wangi..."
"Apa kebende nih?"
Aku ingat dia nak explen..beriya aku tgk muka dia..alih2 dia tunjuk kat banner menatang botol tu..suwuh aku baca..opps terlupe plak aku, mat bangla kan..ne taw explen in bm..dah la tu botol kecik tu rege dia rm25 henget..semata lak kan!!!
Memang sabo je aku~~
Hi..anyeong haseyo..
Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan! Bosan!
Ha..amek ko. Aku xtau la nape aku rase dah mual kije kt tmpat aku kije skarang ni. Kenapa ye? Kenapa? Kenapa? Why? Why?
Manusia ni,sifat dia x boley kije terlalu lama kat suatu tempat yg lama ke? Atau x boleh kije kat tempat yg x berapa nak best? Ataupun, manusia ni sifat nye tidak sabar?
Oh ya. Aku taw dah. Manusia ni akn setia dan bersemangat bila ada imbuhan. Lagi byk imbuhan, lagi kuat kesetiaan. Tp bila masa nk dptkan imbuhan tu?
Bak kate adik aku la..company yg dia kije tu klu nk bon org/ikat kesetiaan pekerja. Dia "tangkap" perut pkerja dulu. Cmner dey ol buat. Dey ol sediakan cafe yg sedap2 mknnnye, yg murah2 harge mknnye. Bkn setakat elaun je. Bonus pon. Fergh...bahgia sungguh. Seronok betul. Pastu,sambil kije ade pelbagai aktiviti hujung tahun. Sonok, fun life.
Aku nk try cari kije lain la..nak environment kije yang lain dari sekarang. Bukan aku rase x bersyukur. Tp... aku rase teramat la bosan kije kat sini..yang buat kije yang kita x suke. Kije yg gune fikiran..tp x berbaloi dgn gaji..kenaikan gaji pun xde. Bonus pon xbape nk kerap. Pelik...company yg aku kije ni xde profit ke? Pelik? Pengambilan pekerja saban hari. Jualan produk allhamdulillah. Tp mungkin ade sebab disebaliknya...wallahu'alam...
Bos pun penah ckp/pesan. Kalau dh rase x best kije baik benti je. Daripada kije dgn rase x ikhlas. Ermm.. ada betul ape yg bos kate.
Tengok la macam mana.. maybe tgh tahun ni. Maybe lepas raya. Maybe... eish.. x tau la nak kate. Sebab segala penentu hanya dariNya.
Neway..bye2.
Salam...
Dah lama jugak x update blog nih..
Byk bnde jadi sejak aku jadi org yg mnguruskan hal2 pekerja..
Pekerja datang & pergi itu lumrah..
Pekerja baik & tidak itu juga lumrah..
Tapi..semalam aku terkejut dgn panggilan bos aku.. "salam,nurul..awak kt mane?" ..lalu aku jwab soalan bos; "sy kt office,nape ye?".. "sy nk awak wat surat notis 24jam dari sekarang kat bdk A***** tu.."
"Nape dgn dia?"
"Dia bawak mulut dgn keluarga saya..anak sy dah bergaduh dgn mak ngah dia?" Terminate budak tu..bg dia notis 24jam. Esok ckp pd dia xperlu dtg kerja lagi." Suara bos dgn nada separa marah.
Aku terkejut juga..angin xde ribut xde..tetibe suruh aku wat surat notis 24jam berhenti kerja pada pkerja kontrak 3 bulan tersebut. Pening jugak kepala pikir. Bila ditanya apakah sebab yang membuatkan notis berhenti dikeluarkan, adalah diatas sebab etika kerja..tak perform! Katanya...
Dengan badan yang berasa berapa nak sihat..yang demam lagi menggigil..aku cerita segalanya pada manager. Mana tahu dia boleh memberi pendapat. Alhamdulilah sll,selang berapa minit kemudian bos telefon manager. Beritahu perkara yang sama. Aku dan manager terdiam sejenak memikirkan apakah sebab yang menjadikan situasi berada dalam keadaan yang agak PANAS dan mengelirukan.
Mahu atau tidak aku dan manager turuti perintah bos. Ikutkan aje. Kalau tidak ikut akan dikata belakang pula. Aku deraf surat notis yang dihajati. Aku cetak & beri pada manager utk disemak isi kandungan notis. Diperbetulkan & di hantar imej notis pada bos.
Apa jadi pada budak yang terima notis 24jam tu?
Aku x tahu apa2,sbb aku hanya bekerja separuh hari semalam. Maka, semua hal berikutan notis itu aku serahkan pada manager.
Keesokkannya aku tanya manager. Surat notis tu x diberi pun pada budak tu. Aku tanya lagi perihal sebab kejadian. Manager kata semua yang terjadi adalah disebabkan perkara kecil.
Aku dah agak dah. Ceritanya, si anak buah muka masam (mungkin tgh dtg bulan) ketika si ibu saudara datang ke premis berniaga. Lalu si pekerja yang malang bertanya beberapa hari di premis berniaga cawangan lain terhadap si ibu saudara, kenapa si anak saudara mukanya masam ketika ibu saudaranya datang?. Hanya dengan 1 soalan. Si ibu saudara melulu serang marah2 anak saudara,tidak berpuas hati dgn masam muka anak saudaranya itu. Anak saudara mengadu perihal sedemikian pada ayahnya. Lalu ayahnya membuat keputusan utk terminate si pekerja yang malang tersebut. (Berkemungkinan la hal tersebut..)
Bagi aku, tidak sepatutnya bos bertindak melulu. Bos adalah contoh pada kami..bos perlu berfikir secara rasional. Tidak melulu menyokong darah daging sendiri atau saudara pertalian sendiri. Selesai dgn cara dengan rasional dan sabar. Pekerja itu hanya bertanya sahaja. Bukan buat mulut mengata2 mahupun melaga2kan pihak keluarga. Hanya sekadar bertanya. Tidak ada niat pun. Bagi aku si ibu saudara pun perlu sabar. Jangan mendefinasikan pertanyaan pekerja itu sebagai satu bualan yang melagakan dua pihak. Takut juga aku bekerja dengan syarikat yang family type ni. Byk betul dugaannya.
Tiada siapa yang salah.. dan tiada siapa yamg silap.. hanya perbuatan & pemikiran yang selalu menyilapkan & menyalahkan diri seseorang itu.
Akhir kata, semua orang harus rasional & munasabah diri. Bukan mudah menjadi yang terbaik dan sempurna, maka jadilah orang yang sentiasa berfikiran terbuka.
Sekian.
P/s; no offence..hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman agar menjadi iktibar dan renungan sesama insan. Wallahu'alam.
Salam, anyeong....
Rumours kat internet sekarang mmg mengarut2..ade yg mengatakan bahawa dunia akan bergelap selama 3 hari bermula dari 23hb disember hingga 25hb disember ni..tambah lagi akn khabaran angin tu, bahawa bumi akan berada dlm satu jajaran sama dgn matahari,dan akan ada bertukar tmpt dari dimensi asal ke dimensi sifar (0),dan kemudiannya berubah kpd dimensi ke-4..khabaran angin juga menyarankan bhawa pada 3 hari bergelap tu,tidak menggalakkan travelling ke tmpt yg jauh kerana berkemungkinan medium komunikasi akan mgalami kegagalan. Khabaran yg tersebar dari pihak NASA itu juga menyarankan penduduk bumi supaya beristirehat dlm masa 3 hari serta berdoa kpd tuhan,saling memaaafi sesama manusia,berada dlm keadaan tenang dan tidak risau dan mengucapkan selamat menghadapi dunia baru selepas 3 hari bergelap ni.
Ermmm..ade jugak rumors kate ianya adalah hari terakhir bg dunia. Dan akan berlaku kiamat. China, korea,jepun dan lain2 yg percaya akan kejadian ini telah bersiap2 sedia dgn cara masing2 utk menyelamatkan diri. Ada yg siap sedia dgn kapal nuh yang direka cipta sendiri. Bahtera yg dicipta ada yg berbentuk sperti bebola dragon balls ada 7 biji kesemuanya..berwarna kuning ke-orenan..betul..aku xtipoo..klu xpecaya..korang boleh google mane2 website atau blogs yg ade memaparkab gambar versi bahtera nuh moden. Pendek citer,xde sape yg boleh buat bahtera besar gedabak spt bahtera yg dibuat oleh Nabi Nuh A.S. (wallahu 'alam)
Ade jugak rumors kate, tarikh2 tersebut merupakan tarikh kepercayaan kaum mayan..dari tahun kalendar org mayan 3114 (klu xsilap aku)..pada tarikh tersebut mereka percaya akan berlakunya kiamat dan sebelumnya kiamat berlaku..akan berlakunya kegelapan yg berturut selama 3 hari.
Sebagai muslim,kita xperlu la nk percaya. Percaya pada rukun iman, rukun islam, kisah al-Quran serta hadis sudah memadai. Mana mungkin kiamat akan berlaku dlm masa terdekat. Bukan x boleh x percaya.. gitu gini pon..we have to believe that there will be the ends of the world..it is soon, but we couldnt noticed when it will be happened.
Kalau menurut islam..sebelum berlakunya kiamat akan ada berlakunya tanda2 kecil dan besar. Sebelum kiamat juga berlaku bermacam2 dalam masa berpuluh2 tahun. Tapi memang tidak dinafikan, yang kuasa Allah S.W.T. Yang Maha Kuasa boleh menjadikan dunia ini kiamat pada bila2 masa. Memang ade benarnya. Tapi kita kna percaya pada apa Allah janjikan dalam wahyunya..iaitu al-quran..yg byk menceritakan bila dan bagaimana keadaan kiamat itu berlaku.
Rumos yg dikatakan berasal dari pihak NASA juga telah disangkal oleh NASA sendiri. Diorang pon x ngaku yg diorang keluarkan kenyataan dunia bergelap 3 hari. Walau macamana pun..dunia x akan bergelap..kerana matahari itu besar dan kuat pancarannya..klu ade ape2 yg melindungi bumi dri pancarannya, kita masih akan rase bahang dan sinaran matahari.. ingat....MATAHARI bukannye torch lite..
X boleh percaya, tp kita boleh kita jadikn rumours ini sebagai persediaan kita meniti hari kiamat yg tidak diketahui tarikhnya. Mana ada irg tahu tarikh kiamat. NABI MUHAMMAD SAW pun xtahu bilanya kiamat..tp Allah yg maha penyayang berikan rasulullah gambaran kiamat itu sepertimana untu kita bersedia. Perbanyakan amalan baik dan soleh disisi-Nya..bertaubat sebelum terlambat.. Sebagai muslim yg untungnye adalah kita diberi pilihan samada utk ke syurga atau pun nerakaNya.sudah tentu syurga pilihan hati. Jadi jadikan khabaran angin ini sebagai pemangkin kepada kita yg bergelar muslim utk terus mengingati-Nya dan mematuhi hukum-Nya..
Akhir kata, percaya pada Allah S.W.T itu adalah yang utama..mengerjakan perkara yang Dia wahyu adalah pendokong kita (muslim/org beriman) utk ke syurga Nya (wallahu 'alam)
Sekian..
Salam semua...
Kali ni aku nk kongsi citer pasal inteview j-qaf yang bermula pada 19-20++ hb november 2012.
Before ni aku ade citer pasal aku g mtest kat maktab an..haa..result dia dah pon kuar pada 12hb november lepas. Tarikh result mtest ni pun member aku yg tolong ingatkan. (Punyalah bz dgn kije).
12/11/2012; Isnin
Aku ingat, aku xdpt la nk merasa panggilan temuduga.akhirnya..after clik sana sini portal moe.gov.my tu..maka terpacul result yg menyatakan bhwa aku telah dipanggil utk ditemuduga pada 19hb nov. Mengagau aku g isi borang cuti. Seb baik bos sporting.thanks bos.
17/11/2012; Sabtu
Punyalah bz dgn kije.surat tawaran interview pun x habis baco..setongah muko surat je den baco.bila ade kesenangan mase,aku pon bace la balik surat dan jugak bace kat portal.rupenye kena dload dan print 3 jenis form lagi.ermmm..dah tu pulak kna amek gamba ukuran pasport 4x5cm. Macam2 dugaan tol..
18/11/2012; Ahad
Cek punye cek..ak ade lagi yg xlengkap.gamba pasport den dah habihhhhh...ayohai..tinggal sekoping tu je..mano den nk rabo an..nak xnak esok kena gak keluar g kedai gamba. Ingat kedai feveret tu bukak awal..rupenye bukak lmbat. Mlas nk tggu, g kedai lain amek gamba baru. Mase nk duduk kek kusi tu posing pon raso dah macam duduk kek dlm bilik tebiu. Sojuuuuk jo raso jari kaki ni ha.. dah ade gamba, xmuat pulak dgn kotak form yg print smlm. Maka berlakulah dilema.siap wasup dgn member seangkatan yg g tebiu lagi cmner.siap join grup jqaf 2013 kt fecebuk lg. Yang xbley bla..siap study sesama dgn wasup lagi..men balas2 link. (Thanks 2 pekjah,ex-rumate aku mse sem 3 kat matrik,dia dak econs..pekjah aku kasi ko glam nih..) *bajet blog hangat*
18/11/2012; Ahad petang
Hujan lebat lagi sejuk dan aku rase mls nk study.bace pon mmg xmasuk..last2 tertekan apps kt hp upin ipin..haaaaa,ape lagi layan sebuah dua video..pastu sambung lak tgk drama korea.aduih,ape nk jadi..siyez..aku mmg dah bley nak GO! Dgn study ni..pakse2 bkn nye masuk dlm pale otak pon..
18/11/2012; Ahad malam
Segala macam benda nk study.riso pon ade..argghhhh, lantak la...pegi dgn tawakal je.kalau org tnye kite jwb.klu xtaw kite jgn menipu dgn buat2 taw.kata benar jer..
19/11/2012;
Okay, aku sekarang dah pun lepas pegi tebiu td. Tebiu aku jam 11 pagi yang betempat di IPG Seremban. segala2 serah pada takdir je.bace2 pon dah bley nk masuk dah..
11:30Am baru ujian bertulis bahasa arb dan jawi. Jawi sekeping ketas soklan ada lima soklan markah dia 100%. Bahasa arab lak ada 10 soklan 100% markah gak, ade dua pages. Bagi aku yg taw arab sbb nk lulus peksa mmg xde la bekesan proses pembelajaran tu kn..maka..mmg aku jwb ciput je tnye pasal 'irab,mudhof pastu buat ayat sikit2..
12:05 pm, ujian selesai g ke bilik temuduga seperti yg tertera dlm list name yg ditampal diluar pintu. Kalau kes aku,aku kena tebiu kat pusat sumber IPG. Mase tiba je kat bilik tebiu tu,masih ade 2 org yg belum habis ditemuduga. Maka, we ol start grup discusion pd jam 2:30ptg.
2:30Pm, masuk reramai dlm bilik tu. Team member na4001e kalu xsilap aku ler..linda, zuraidah, qayyah, aku, hanim & zaman. Masuk je, weol diberi briefing psl ujian berkumpulan.kena discuss about imej guru atau Penampilan guru berdasarkan pengalaman kita. Diberi kertas rujukan tajuk perbincangan, do not do any draft, after 3 mins..grouo can proceed with discussion within 30mins given by interviwers. Interviwer x mnyampuk pon..diorang tgk je. Ak tgk interviewer bz cek file dan salinan sijil disahkan ke x.jeling2 sikit,pantau our discusion. Yg sorang ag interviewer kdg2 tu terlelap. Faham tu,klu aku pon ngantuk. Hehehe..yg terlelap tu dah berumur.org berumur kena taking naps mase lunch skejap utk refresh mind n body.
Ok, continue the story. After grup discusion,sume kena keluar.bg diorang mase kejap.pastu diorang akn tekan loceng.then,calon masuk ikut nama yg tertera dlm list.
Sorang2 masuk. Nebes bertambah..sorang calon kuar, ckp "diorang tnye pasal syiah tu ape?". Diorang tnye psal tjwid,pasal eja jawi,bace quran n bace text jawi. Ermm..tnye,bidang yg kita belajar.tnye juga pengalaman mengajar.tapi xde suruh ngajar.
Aku masuk dlm bilik interview tu pkul 2.20pm lebih kurang la..keluar dlm 2.45pm pun lebih kurang la. Tnye macam2. Tp xde lak tnye pasal zakat ke hapa ka. Maybe sbb bidang ijazah aku len dan xberapa nk kena dgn jqaf ni.tp,pelik jugak..diorang kate bidang ijazah aku ni xseswai.tp WHY dey ol nominate nama aku kat dlm list temuduga..then,ckp lagi boley ke,aku ni compete dgn org yg ade ijazah dlm bidang shariah,usuludin,dakwah,yg belajar mesir dan belajar jordan..ermmm..see? Nak ajar jqaf sr..utk sekolah rendah kn..aku ade tnye balik kat penemuduga tu,kenapa sy xboleh ngajar jqaf?..dlm hati aku xla marah.ade betul ape yg dia ckp..tp xyah la banding beza cos aku ngan yg len..mmg jauh bara dri api la..tp persoaalanya klu aku nye degrew x seswai..awatnya....hangpa pi masukkan nama aku kat dlm list? Klu ak diterima g temuduga..konfom aku nye degree seswai..xkan x seswai lak..peliks di situ ye..
Hermm..xpa2..ade rejeki ade..tp sekurang2 aku dpt knalan baru dari interview, sorang volunteer kat pusat dakwah,ajar mualaf ttg islam, de gak bdk law dri kuis, de gak yg sdg mengajar kt sekolah agama private,ade gak yg dri jurusan busines,ade gak yg baru je abis belajar kt mesir..ermm..aku doakan kejayaan korang ek..keep it up!
Bagi yang masih atau sedang diinterview utk jqaf..aku wish trillion lucks..mudah2an dipermudahkan segala.bagi yang xberjaya keperingkat interview..jgn riso rezeki korang maybe akan ada yg lebih baik!!
Sekian~~~