9 May 2017

HACKED! Bhgn.2 : Akaun Bank Islam aku diperguna

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak post yang lalu tentang akaun bank islam aku kena hacked oleh individu yg hahahanat tu??
Hari ni nak updet kisah baru.

Lepas buat submission kije kat Sepang, aku nak pergi wat report polis berkenaan dengan hal yang 3hb - 4hb mei yang lepas. So, dalam perjalananan dari Sepang aku berfikir nak pergi buat laporan polis area mana ye? Senawang atau Seremban? Tapi dah sampai Ainsdale aku dah susur ke exit Seremban, Ke balai polis Seremban 2. Kat situ besar sket. Try la tanya kot2 boleh wat report kat situ. kalau kena reject at least aku leh la tnya ke mana selepas tu. Nebes pon ade takut pon ade, sbb aku ni fobia dengan polis. Kalau nampak polis je jantung aku dah berdegup cam lari pecut. 

Sampai je sana, terus ambil nombor, ramai gak eh yg datang dan pergi buat report polis? 1st timer mmg batak la jup. Sampai giliran, aku dapat pegawai perempuan. Alhmdulillah x la aku segan nak communicate. Aku ceritakan segala, dia ralit menaip kat komputer. Macam2 soklan dia tanya. Dia pon bagi aku nasihat skang ni klu ade je orang yg ngaku dia bank ckp ade satu transaksi nak dilakukan pastu mintak no akaun la, no IC la bagai jangan bagi. Terus g bank cawangan berhampiran dan blocked card bank kite tu.. Bahaya~~ 

Report bertarikh 9/5/2017

Mama & Tunang aku dok suh g buat report kat polis sbb polis tu backup kite. Sbb orang bank ni kalau xde report polis kije siasatan ntah buat ntah tidak, silap hari bulan dia gula2 serta bola2kan kite ni.. Puan pegawai tu pesan dgn aku, lepas buat je report, terus g bank cawangan tu balik. Memang aku pergi la, nak amik salinan form 2 hari berturut  yg diisi tu. sbb ri tuh dia xde pon bagi salinan dispute form kat aku. Aku tengah gelabah, x tentu hala mmg x teringat nak amik sume tu buat salinan dan bukti aku nnti. Sepatutnye dia kena la bagim walupon aku x mintak, skang ni apa2 urusan kena ada pendua, kena sentiasa ingat. Aku pon bg report polis kat banker tu suh dia attachkan sekali salinan report dengan dispute form ke Bhgn fraud tu nnti. 

Dispute Form on 3/5/17

Dispute Form 4/5/17
Kesimpulannya, ntah dah hantar ke tidak benda tu HQ dia..hurmmm..sama2 la kita tggu keputusan yang dijanjikan selama 45hari bekerja untuk siasatan.

Assalamualaikum..









7 May 2017

HACKED! Bhgn.1 : Akaun Bank Islam aku diperguna






Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,


Kengkawan & blog-jogging kt entry aku kali ni boleh la bace2 sikit dengan untuk santapan, pandangan atau perhatian kalian. 

Korang rase seram x bila akaun korang yang korang kumpol berbulan2 untuk perbelanjaan tertentu tetibe ada orang lain yang x berusaha ambil senang2 je dengan hacking?! Aku rasa bukan setakat seram, sakit hati, nak nangis pun ade kan..

Bulan April 2017 (End of the month) aku alami problem dengan ASUS SELFIE! mmg terbakar jantung aku bila tipon feveret aku tak function. Masalah dia nmpk simple je. tapi besar bagi aku. So, aku xyah la nak citer panjang lebar. PM tepi je eh. hehe..aku htr tipon ke ASUS service centre dan beli tipon baru! ala, tipon china je..yg boleh masuk 2 sim card. dua2 sim pakai. Especially bank. Aku mmg x ingat no mane aku pakai utk CIMB, RHB, BIMB, MBB dll.. (byk kn? tp duit sen2 je)

Selepas beli tipon dgn guna swipe my debit, dengan harga RM170, Seminggu selepas pembelian ( wallahu a'lam if ada kena mengena dengan Swiping my debit card dengan penjual tipon tu) Seminggu jugak aku puasa ber-selfie, hapdet Instagram, sharing-is-caring facebook..seminggu beb! bos aku wasap pon aku x bc. patot la dia hangin jer..(salah paham dengan aku le tew). 


3/5/2017
Allah beri aku ujian lagi, kali ni dengan akaun aku diperguna x semena2 ada sms masuk kat tipon, mengatakan aku ada wat transaksi online di GOOGLE!!!! WHATTTTTT?!!!!! Korang nak tau pukul berapa sms tu mai dlm tipon aku? kol 1.36 pagi!!! aku baca pon dlam keadaan mamai. Ingatkan spam message. Maklum la kat Malaysia ni mana ada 1 pon yang ko boleh percaya bulat2..boleh trust mentah2. (Sorry to say) . 

4/5/2017
Esok aku g perodua service centre, biasalah mileage dah sampai 40k kena wat major service. Nak plak aku ni kije jenis slalu berjalan jauh, ke melaka lah, sempadan negeri sembilan - johor lah, area selangor lah..so, maintenance kereta kena beri perhatian lebih. Nak plak org pompuan cam aku ni x pandai bab2 kereta, baiki apatah lagi. Dah siap service, time bayar! time ni mmg hahahanat, kad bank islam aku yg slama ni aku guna untuk apa2 hal ttg kereta aku dah xleh guna. dalam tu ada ngam2 jumlah duit bajet maintenance kereta. 4-5 kali. Aku dah risau dah. Dah mula nampak yang SMS dari Bank Islam tengah malam tadi ada kena mengena dengan keadaan Kad aku skang ni. Naseb ade akaun kahwin. Aku pakai dlu duit kahwin (a.k.a lobu2 loan) *hanya aku je yg faham* 
Balik dari service terus aku call bank islam service centre. Aku buat aduan yang aku nye akuan cam ade org hacked! Customer Service Bank Islam (CSBI) feedback is dia duh aku g mana2 cwgn bank islam utk aku isi form dispute/penangguhan pembayaran. Korang nak tau berapa yang hacker tu lesapkan duit aku? ni dia 

RM 399.90 untuk PENGGUNAAN GOOGLE *Com2uS  g.co/payhelp 
RM 4.00 untuk PENGGUNAAN GOOGLE *SERVICE  g.co/payhelp





hangin x??? CSBI ckp, jumlah tu tgh floating, bila2 mase2 merchant tu akan tarik duit tu keluar!! 

aku dah isi form disputekan, aku rasa lega la sikit. 

Tapi, dugaan dan musibah aku kali ni mmg menguji keimanan Qada' & Qadar aku. Sekali lagi pada
hari ni (4/5/2017) sehari selepas tu dia hacked lagi..kali ni dengan nilai 

RM 199.90 untuk *Com2us g.co.payhelp
RM 19.90 untuk *Com2us g.co.payhelp



hapo ke bondo la bondo alah tu?? Aku research nye research game online beb!! game perang2. jadah!!!!!! 

"Com2us is a South Korean mobile and online game development/publishing company established in 1998. In 2007, Com2us was listed on KOSDAQ. As of 2011, its corporate offices were in the United States, Korea, Japan, and China" - Sumber dari Google Search.

Aku nak main game perang2 ni watpe???????? jadah nye??!! sapa yang amik pakai akaun aku ni? aku taw la aku ni minat korea, tp xde la smpai aku main game korea! jadahhh!! mmg hahahanat~~~

nak tau pukul berapa sms google tu masuk? jam 12.19pm , waktu aku tgh sibuk keluar masuk bilik bos! nak urus macam2 hal b4 dia PJJ next week. ingat aku ade mase nak wat transaction online?!! main game bagai. Baru je dapat my smartphone balik dah kena camni.. Allahu Akhbar..

aku call again dengan CSBI dia ckp

CSBI  : "akaun cik ni dia pakai lagi ni untuk transaction google app" 
CSBI  : "cik dah blocked kad ke?"

Aku : "block card? eh xtaw pon saya,"

CSBI  : "xpe2 sy block sekarang, smlm cik ade wat laporan yg sama, org yang sambut panggilan cik tu xde mintak cik wat pembatalan kad ke?" "kenapa dia batalkan kad cik ye? sepatutnya dia batalkan kad cik atau dia suruh cik buat pembatalan kad di cwgn."

(eh..eh, tanye aku balik plak) 

Aku : "eh, xde plak, dia suruh sy isi form dispute sahaja"

see?? CSBI, walopon korang ni belakang tabir je, korang tau x, korang jugak sebahagian dari imej Bank Islam. 

CSBI  :  " kalau sy tgk akaun cik sekarang ni dah habis, tnggal RM 51.00 jer.." 

Aku : " Saya nak kena isi form dispute tu lagi ke?" 

CSBI : "ya, kalau cik nak isi"

tgk ayat dia tu? cam redho je kan bunyik dia. x kena pada akaun ko, ce kena kat akaun ko..
dengan ayat poker face, aku end- call & terus g Bank Islam Cwgn Senawang. Isi Form Dispute once again. 

5/5/2017
Cik Tunang suh wat report polis, tapi aku nak tggu 45hari hasil siasatan Bahagian Fraud Bank Islam Card Credit (BICC) tu yg banker cwgn tu sebut mase hari pertama aku g isi form dispute. Aku rase x sedap hati, aku bukak akaun bank aku balik semula, bila tgk balance statement, mak aih...sedihhh...tggal baki untuk bayar tahunan service atm card dan debit card. nak bawak keluar hape nye, dah hbis Bank Islam kasi kat merchant tu..

6/5/2017
Ngadu kat cik Tunang, dia suh wat report polis & tanya status aduan aku tu. Aku cadang nak call balik service centre Bank Islam nak tahu status terkini aduan aku. Aku pon ade gak buat aduan kat website Bank Islam. Adui, kalau dah jadi kes camni, cmne org nak percaya bank. Aku nak tnya jugak, kenapa Bank Islam x hold payment tu, no explaination dari BIMB. Aku nak tau sangat2 sapa yang guna akaun aku! Serious lah! Bak kate cik Tunang, kemungkinan besar, orang dalam BIMB yang buat kije2 ni. Sbb kes MBB (Maybank) melambak aku bace kat internet. Bukan tu je ade yg kes2 gini unresolved! Its okay, selasa ni aku dan Cik Tunang akan ke BIMB cwgn untuk penjelasan. 

Ujian & Musibah ni betul2 ajar aku banyak bersabar, beristighfar, dan redho dalam byk hal. Banyak jugak hikmah dia, bila di pikir balik, eishhh..byk la..mmg sgt byk hikmah dia. Ade yang aku nampak dan ade yang tersirat. Bersyukur jugak aku pada Allah swt sbb ujian aku ni mungkin kecik nak dibandingkan dgn orang yg diluar sana tu. Aku harap Allah swt permudahakan setiap urusan yang kita telah rancang, dan perbanyakkan sabar di hati aku ni. Mungkin dugaan nak kahwin, mungkin, mungkin dugaan Allah nak bagi rezeki lagi suci, mungkin. Dan mungkin juga Allah nak beri aku hati bersih dan iman yang utuh, mungkin. Segala2nya Allah swt Maha Mengetahui. 

Nota bulu kasar kaki : 
Kisah atas ni aku ceritakan semula, luahan dan pendapat kalian dan saya mungkin berbeza. 
Mohon maaf sekiranya ade sesetengah yang baca entry aku kali ni, sentap, touching, rase cam koranglah orang tersebut. Tapi ingat 1 je, kalau kita susah & menyulitkan orang lain, balasan nye pasti, cuma x nampak atau x perasan je. 

Assalamualaikum.











20 Nov 2015

Burok Perangai Burok Adab!!

Salam & Hi u ols!!

Hari ni updet lagi entry.. kali ni pasal perangai masyarakat kita time memandu dan menunggang..hahaha..teruk betul perangai masyarakat kita sekarang. Meh yui citer sket! 

Semalam (19/11/2015) yui g makan kat KL Festival City (Dulu), now, they called Setapak Sentral. Kenapa g sana makan2 hari khamis?? hahaha.. cuti tahunan banyak kan..nak pulak "orang dari Lumut" turun n9. Maka, segala nazar yang berbulan x tertunai tu wajib la di tunaikan.. We ol gerak pagi coz g awl boleh lepak2 kat sane lama sket. Bukan senang nk naik KL driving, lecehhh..seriously leceh. Leceh sbb x tau jalan dan just depend on GPS 100%. Kalau tau pun jalan, yui ingat2 lupa. 

We ol exit tol sg.besi, a bit jam normal la..orang kl berurusan kerja bagaikan. Then lalu Jln. Tun Razak, Slow traffic at Lady Diana Tunnel 1 & 2.. then, we ol pon masuk Bulatan Pahang. Roundabout yg yui selalu lalu mase blaja UIA dlu. Roundabaout yg menghubungkan gombak dan bandaraya KL. (walhal ade je jalan len, dah yui tahu tu jer..sorry #bukanorangkeyel)

Memang agak ssh la nak cari KLFC tu..sbb dah bertahun x pergi kan..maka we ol pon amik langkah slow & steady jer. Ikut je lorong palig kiri. Kalau amik kanan nanti kena maki la plak.. sebab we ol drive slow. we ol pon dengan hati2 cari simpang masuk jalan. 1 st simpang we ol dah salah venue. Ianya sah bukan KLFC, we ol ikut celah2 apartment langsung keluar ke lorong besar semula. Then, we ol foward beberapa ratus meter.. dah jumpa venue yg we ol nk pergi ke. nampk sighboard parking.. we ol pon slow, susur..tetibe ade sejibik moto (bdk bujang) selisih hampir nak langgar sisi kereta we ol. Dia berhenti tetibe, pastu ke depan kereta we ol, maki2. we ol x dengar, coz, windows kete are shut off. Tapi yui nmpk gerak mulot dia sebut words "Pukimak" ( tak perlu censored sgt). pastu ngml2 maki la..xkan bagi pujian2 kot kan.. Agak2 la..we ol angkat tgn sy sorry maybe dia x dngar..then , we ol terus naik ke carpark. eh, dia ikut..mentang2 motor..ok lar..smpai atas, we ol click button autopay car, we ol nmpk dia dah tggu kt tepi, we ol amik card, ke depan skit. We ol bukak window kereta, yui pon ..

" maaf la bang, kami x nampak..abg nyusur laju.."

" KO NI ISLAM KE X ISLAM NI??? ADA ADAB KE X?? DAH LA NK LANGGAR ORANG PASTU X NAK CKP MAAF!! APA LA KAW NI??" 

"bwk bertenang la bang, kami mintak maaf..ok?settle?" 

pastu dia blah, dgn speed motor yg bajet bwk superbike!! org bwk superbike pon x cmtu..

wah...sapa yang x beradab dan yg x islam skang ni? nak aje yui ckp ke dia balik, dia tu islam sgt, sampai maki orang dengan perktaan pukimak?? orang islam sentiasa tenang la brader!!! Allah guide hati orang2 islam yang beriman supaya tabah dan sabar. ko tu betul ke islam sgt, dengan bhsa yg kasar. ko xtaw aku ni lagi tua dari ko, boleh plak ckp kasar...wahhh... melayu oh melayu.. baru bwk motor tu dah kerjar2 org yg x bape nk nmpk dia. dia yg tergesa2 masuk susur dan mencelah, ada hati nak maki2 kita. errmm.. sabar je la. member yui ckp..xyah layan sgt marah org berdarah muda ni. baran sentiasa ada. biarkan ajer. 

Tak kira lah, kita ni bawak motor ke..bawak kereta, lori, bas sekalipun.. kita mesti ade sifat2 

1) Bertolak ansur
kalau ada sifat2 cenggini, pasti xde kemalangan berlaku. Masing2 sabar. Bagi je laluan. Gitu gini pon..korang sampai gak tempat yang sama. kalau dah tau lambat, nak kejar masa. Bukan salah pemandu lain di jalan raya nun.. salah sendiri, sapa suh ekaw bangun lambek, dah torik mentari baru nak kuar ghumah!!! haaa...pk la sendiri.. 

2) Bersabar
Sifat camni mmg xbyk org yng memandu dan menunggang ada. 
semua nak cepat, cepat sampai..kalau sampai tiada apa2 ok la..alhamdulillah..buatnya ade incidents?? haaaaa...x ke merasai badan?!

3) Hormat menghormati
Sifat ni mmg xde, kalau ade ciput jer. bagi yg bongkak di jlan ry mmg suka bwk laju2 sbb tersendri. nak tunjuk speed kete dia bape bley pegi la. suke potong sayur la.. nk test ketumpatan kereta dia once lowered lar..macam2 larr... kita x tau, ada yg bwk kereta tu org jenis cepat menggelabah, cepat nervous, cepat melatah. klu korang potong sayur, cilok2 dgn org yg jenis cmni? mau x nye, dia pusing streng ke line/lorong jalan lain. Bukan tu aje, hormat penunggang motor or kereta kecik/compct.. Selalu yui tgk, kereta besar2, 4 wheel, lori, bus.. bila time hujan.. ada lopak. selamber je pi bwk laju2 kat lopak air tuh, pastu air yg terpercik tu bkn kecik..besar...habis disimbah nya kenderaan rendah dan motor. 

"eley, korang kan pakai kereta. korang x basah baju, ok la tuh.."

wahhh..sedap nye reason.. mmg la x basah baju, cermin kereta dan 1 kereta yg disimbah ari lopak..buat we ol yg kena ni x nmpk jalan..klu silap langkah mau x nye we ol yg kena masuk gaung, longkang, break emergency tetibe dan kereta lain di belakang sondol..x ke excident akn berlaku?? 

ya, sbb u guys big wheel & x pernah kena. Ce bygkan penunggang motor plak. kesian tau. kita bg reason

"sapa suh dia pakai motor masa hujan, kereta kan ade?" 

wahhhh..sedap nye mulot berbicara. kalian ingat, dia mampu? dan ada kereta?? kalau itu dia ada. dan dia nk gerak pada masa hujan atas sebab isteri, mak, ayah dia sakit. anak tinggal sesorang kat kelas.. adakah korang pikir tu semua.. mmg xde? mmg x nye.


4) Beradab & Berbahasa 
Kalau kita tak puas hati pun pada seseorang tu, jgn la kita beriya maki2, sumpah2.. guna perkataan yang menunjukkan diri kita setaraf dgn orang yg xde adab dan bertamadun. Pesanan ni bkn untuk diri anda semua, tapi utk dri yui jugak.. no wonder mase yui blaja dlu.. ustazah ajar akhlak utk sfat amarah ni, dia pesan cenggini..

"klu u ol rase bengang, rs x puas hati, rs nk marah dengan keadaan di traffic/jln raya.. sy syor kan u ols istighfar byk2, selawat sebanyak2 paling tidak pun..berzikir.."

nampak x? islam is calm and easy.

Bila kita pikir semula, buat apa nak merusuh, nak bertikam lidah untuk benda yang kita x sangka akan terjadi nya sebegitu. Bukan kita nk excident, bukan niat kita nak saje2 himpit orang, tapi masa dan keadaan yg menjadi sedemikian. Kalau malang itu berbau dan boleh di hidu, maka terselamat la kita dari segala bahaya dan sifat burok mase memandu tu pon xde..aman jer...kannn...


Sekian.

11 Nov 2015

Alahai Orang!

Salam & hi u ols..

Seperti biasa, nk update 1 topik yg mmg akn korang selalu jumpa kat tempat kerja korang. Even kat tempat kerja aku pon ade. Tipu la xde kan. It depends. Klu korang kije dirumah as freelance designer. Korang xkan jumpe la ragam kawan sekerja korang yg pelbagai perangai dan emosi tuh.

Aku dah kije since 2010. Aku dah rs macam2 jenis condition tempat kerja & budaya kerja di beberapa jenis firma & company. Xde la nk eksen..walopon aku ni x penah kije kt company yg besar cm kilang tu. Tp company kecik pon dugaan dlm rakan sekerja banyak jugak ape.. mcm2.. nak tergelak pon ade.

Kita akan jumpe rakan sekerja yg lembab dan lembam. Aku akui, bila jumpa member camni korang kena byk bersabar dan tabah. Orang yg jenis cmni, dia akan wat silap benda yg sama san berkala. Bukan setakay silap. Dia jenis akan lupa ape yg telah wat. Then tanya soklan yg sama setiap kali nak start kije yg dia dah pernah buat dlu. Tapi, jenis cmni dia ada kelebihan tersendiri. Dia nye team work mmg ok, not bad. Yg penting kita kena pandai lead diorang.

Kedua, kita jugak akn jumpe rakan sekerja yang cheapsake/penny pincher atau bhs paling sedap dia kedekut, kemut dan berkira. Memang korang akan jumpa. Orang jenis cmni, harta company harta dia..harta dia is harta dia. Company xbley nk pakai. Klu nk gune, bayar lah!! Haaa..ade gak org cenggitu ye?? Ehhh...ade ape. Koramg xpenah jumpe ke? Aku klu jumpe org kemut cmni dalam opis..aku wat xtaw jer..aku wat jer kje dia tu. Paling x pon, bos mesti akn nmpk nye la. Aku penah rase.

Ketiga, kita akan jumpa rakan sekerja yg baik didepan dan hampeh dibelakang kita. Kat depan mmg team work tip top, dengan bos mantop, overall mmg bakal pekerja cemerlang lah. Tp blakang kita..taw2 jer, dia kikis property company. Pakai brg dab seludup brg company. Ade..mmg wujud org cmni. Dia x wat siang2 keje tu. Time malam menjelma. Cam robin hood. Klu x mlm, time kte outstation, dia wat la kije2 tu. Walopon xde CCTV. Tp report2 sentiasa berlegar kt telinga aku nih..hahaha.. (yui mmg mavelos)

Keempat, kita akan jumpe rakan sekerja yg masa mula2 dia ok dan ngam serta kamceng/rapat dgn kita. Alih2 bila kita berjaya, selalu kena puji, ada segala2nya, tengah bahagia, tengah bunga2 cinta..tup..tup..dia pencilkan diri kat tempat dia..men gadget..bila org len dok huhahuha (gelak tawa), dia gelak sesorang dgn "tipon pandai" dia tuh. Ade..mmg wujud. 

Kelima, Rakan sekerja kita yang bila dia sorang je kena marah dengan bos. Dia masam muka lebih dari 3 hari woo.. silap haribulan, sampai dia or ko benti x bertegur. aku tau la dia tgh bengang dengan bos. tapi kena pikir gak kadang2 bos xkan nk marah staff dia tanpa sebab yg kukuh. kan..klu bos korang jenis suka mrah2 sbb benda remeh temeh, ko anggap je bos korang tu Alzheimer. Tutop kes!

Banyak lagi la..klu korang ade nk share, comment je kt bawah nun yer..xpon bg link blog korang..nnti ade mase aku jengah! Bagi aku kite ni hidup berkomuniti. Tak kemana sikap individualistik kite ni. Ada masa boleh bersendirian dan ada masa perlu berteman. Kalau xde BFF, siblings kan hado..klu sibs tu jauh..hek eleh....byk lak alasan, tipon mahal2 kan skang.wasap, fb messenger, wechat vid, skype..balik ar umah..ajak adik2 kuar hangout! Time kite perlu bersendirian cam nk taip entry tuk blog ni ha...contoh bersendirian paling utuh like performing prayer, kompom nk kusyuk kena bersendirian. walopon berjemaah tu lagi baik. tp ada satu masa, kita mesti nk rase alone dengan DIA, Sang Pencipta~~~

Ni baru layan kerenah worker and workmates dalam company kecik. Belum lagi yang besar, beribu pekerja dan latar belakang yg berbeza tuh. 

Kisah Atkins Episode 5 : Jumpe Konjac ALernatif Nasi/Mee

Salam & Hi u ols..

Entry kali ni pasal selepas 2 bulan aku ber-Atkins. Sedar x sedar dah 2 bulan aku amalkan diet atkins ni. Mmg x sangka. Kalau dulu ms 1st amalkan diet ni, nmpk org mkn nasi je rs terliur..even tgk org mkn kek lagi larrr..rase tergugat iman diet aku woih!! Tp demi kesihatan..aku gagahkan jua. Yela benda yg pahit dan yg baik mmg selalu kelat dan ssh nk buat. Aku tabahkan hati.

Pernah gak sekali aku terpikir.. 
"alooo..xde ke org jual mknn or bhn2 utk org yg diet atkins nieh..jenuh gak klu nk shopping kna tgk jumlah carb dlm setiap bhn..kena pndaj agak dan kira..ermm."


Tetibe..tgh aku ber-facebook..aku jumpe 1 page. Dia ade jual beberapa item utk atkiners cam aku nih. Es & Ef nama dia. (Promo sket). Korang taw aku terbeliak biji mata sbb aku dah jumpa bahan alternative utk nasi, mee & kueh teaw. Umangaii, mmg mase tu..aku nye hepi x hengatt..maka aku berduet dgn dak kak ngah. Beli item tu. Nama dia konjac. Item tu kenyal2 dalam paket. Besar paket cam paket maggie. Klu maggie keras kan..ni x..dia lembik dan anjal gitu. We ol 2 beradik beli 1 set konjac/ set kurus. Dalam 1 set ade 10 paket item konjac tu. Not bad la rege. Rm5.00/paket.

Ni la dia Set Kurus Konjac by Es & Ef
Rasa?! Ermm..rasa dia. Disebabkan dia ni anjal dan kenyal..dia xkan kembang bila masak..cmtu ko kuarkan dlm beg plastik..camtu gak ko msak lama2..dia xkan kembang.(wat ms skang ni..yg aku tgh consume, belom penah aku jerang..rebus..ats api si konjac ni kembang cam nasi or mee)
Masa mula2 beli tu..we ol beradik mmg giler2 nk nasi. Tp bila dpt parcel, kueh teaw lg byk dri nasi. We ol nye la beriya mintak tkr..last sekali, x jadi. Mkn je ape yg ade. Coz sis tu pon advice, y not try je dlu. Sbb ramai customer dia beli mee dan kueh teaw. Olrite la cmtu. Then aku test mee konjac buat 1st time. Aku ikut cara penyediaan as pictured on its packaging. Simple..mmg simple mungkin. Aku masak menu oglio de olio gune mee konjac. Not bad, the taste..yela..rencah & rasa oglio mmg sedap ler (aku yg msk plak tuh..opcoz la sedap! Hehe). Mee kenyal dan korang xyah expect too much kt konjac ni..xde lemak..dan x selemak mee spagetti yg branded2 nun! Bagi we ol yg atkiner mmg berbaloi mkn konjac..mkn la selagi mn mmpu. Sbb konjac ni akn bg perut korang rs penuh dan kenyang. Mmg kenyang. Aku kdg2 msk sepeket. Half aku mkn. Half agy aku jadikan bekal.

Oglio de Olio yg aku wat...

Selain dari konjac sis tu ade gak jual low-carb sauce, low carb instant coffee drink wit stevia..coklat atkins..tp aku not sure how much amount of carb on every items. So, x berani nk buat andaian. Utk selamat, better aku beli konjac je. 

Oh ye..korang nk taw x..rase mkn konjac tu cmne. Klu korang penah mkn nata de coco yg berperisa lychee ke..mango ke..maka rasa dia mmg sejibik cmtu. Amacam ade berani ke nk try set kurus dri konjac??? Tepuk dada, tanya selera.

Dalam pada tu, berat aku skang dlm 58kg. Dia trun sket. Sbb, akan ade masa yg berat korang menten jer. Sbb bdn tgh bakar lemak yg bertahun2 x terbakor tu ha..


This entry was posted in

10 Nov 2015

Kisah Atkins Episode 4 : Bahan2 Atkins

Salam & Hi u ols!!

Last entry aku bebel pasal economy dan self management bagai kan..kali ni, aku post entry pasal ape yang aku dengan dak angah selalu makan/minum/buat semasa ber-Atkins. Tidak dinafikan untuk menjadi Atkiners yang tegar, kite kena ikut rules & regulations Atkins.. Bagi aku yg masih mentah daam Atkins ni kenalah ikut. 2 minggu fasa induction, aku mmg consume gula stevia paket rege seperti yang aku cter kt dlm entry yg lepas2. RM12.50/Box/40 Packet di MYDIN. Tu rege paling murah setakat yg aku jumpe & beli. Sayur segar, salad bunga mmg x tggal beb.. ayam fresh, ikan fresh..mmg ikut..sebulan Atkins..mkan salad jer..aku mmg rse nk muntah! loya! Naseb la aku nidie-hard fan telor..segala jenis masakan berasakan telur aku wat. Telor dadar, telor mata, telor separuh masak, muffin telor, eish...macam2 lah! 

Klu aku bosan, aku wat tomyam sayur campur, sayur2 yg halal disisi Atkins taw.. tomato elak, carrot pon elak. klu kaya, masukkan udang sekali dalam tomyam tuh. Aku lebih suke wat tomyam putih sendiri sedapp..ade gak angah beli paste tomyam yg sesudu paste nye still low carb! ermm..member dia jual. resepi tradisi katenyer! Bila tekak nk mkn bihun bakso, terpaksalah wat sendiri, sbb..rata2 meatball yg jual frozen tu smuaya ade tepung dan sah2 la hi-carb!!! maka aku jadika cendawan enoki yg halus2 memanjang tu sebagai alternatif bihun. sedey kan?! x sedey pon, aku agy bangga ade..sbb lagi sedap! lemak2 gitew..

Antara barang2 yg aku selalu beli utk Atkins ni adalah;-
Fresh minced meat/chicken (Saudi/Ayamas/Ramly)
Sliced Chicked (Ayamas)
Fish Flaskes (Aeon nye brand , Kat Jaya Jusco ler)
Keropok Seaweed (byk jual kt rata2 hypermarket)
Bake Almond (Brand Pagoda)
Anchor ulsalted butter
Cream Cheese
Stick Cheese (Brand Kraf, Brand Beqa rs mual - seswai utk msk kot, sbb bau dia kuat, westerner suke ler)
Anchor Cheedar Sliced Cheese
Western herbs
Asian herbs
Fresh vegies
Prawn (time mampu)

Untuk aku nk kunyah2 lepas lunch or b4 dinner, aku mesti akan pekena baked almond, seaweed, & stick cheese..almond tu boleh mkn..tp tgk carb dia..ingat..jgn lebih dri 20gm sehari taw..

This entry was posted in

9 Nov 2015

Kisah Atkins Episode 3 : Economy & Self Management Dalam Ber-Atkins

Salam & Hi all, 

Last entry dah baca kan.. Episode kali ni pasal pendapat aku ttg atkins yang byk mengajar aku management dri segi ekonomi dan diri. Kalau dlu b4 ber-Atkins ni, duit melambak habis sebab beli stok jajan a.k.a snack mlm a.k.a snack nonton tv a.k.a snack b4 fall asleep bla..bla..la..lalala...hehehe

Bila ber-Atkins ni, aku start kena lupekan sume jajan2 tersebut..salah 1 feveret jajan aku ialah cokelat..segala jenis cokelat aku rembat, bedal serta telan! nak pulak time PMS/period/Haid mmg time paling best makan coklat. aku rase warm jer...bila Atkins ni...aku kena avoid mkn coklat! unsweetened coklat je dibenaran..klu nk mkn coklat, kono lah buek sendiri!! hameekkk..ado rajin ko ekaw dagho(daro/dara)???? jwpn aku mmg TAK la rajin!!!!!! dalam Atkins ni aku jadikan cheddar cheese stick brand kraf tu sbgai aku nye alternative ngunyah2..gula2 eclipse yg low sugar pon aku mkn..carb dia 1 bj dlm 1.4gm( pndai2 la, jgn lebih dri 20gm carb/hari). utk keropok plak..aku mkn Seaweed brand Tao Kao Noi sbb ingredient dia xde tepung..ade seaweed, garam dan minyak jer.

Atkins ajar diri aku ni jangan beli benda mknn yang x berkhasiat!! tu yg paling penting.. Atkins jugak ajar aku tengok jumlah carbo yang aku perlukan dlm bab membeli mknn yg aku nk mkn. contoh nye, aku nk mkn hotdog, aku kne banding beza semua jenis brand hotdog kt dlm pasaraya tu dgn mmbandingkan amaun carbo dalm setiap paket brand hotdog tu.. like, Ayamas nye Carb utk 1 pek hotdog dia bape gram? Saudi plak? pastu Ramly plak.. so, in the end, Atkins ajar aku menjadi seorang yang Prihatin dan Rajin dalam sekelip mata. 

Atkins jugak ajar aku berjimat cermat, yela..mknn utk atkins ni x susah senang jer..sayur2an dan mknn berprotein..ikut suke la nk mkn ape. jgn roti, jgn tepung, jgn nasi...jgn gula.. gula pon aku consume yg 40 paket rm12.60 (rege di MYDIN) klu tempat len mmg lagi mahal..apa nama brand gula tu ye? lupe la..uhuuu..klu dok dgn family agy senang, mama masak lauk ayam..sayur..aku bedal ape yg mama masak tu jer..dah jimat dah tuh..hahaha..klu single pon, duk nyewa pon..korang akan bajet2 beli mknn or menu yg ckup utk korang jer.. pastu, korang boleh beli raw food utk setiap seminggu..boleh bajet dinner je mkn mknn fresh dri pasar..xda hal la kan..nk wat sambal ke..tomyam sayur ke..ape ke.. Siang kompom korang beli lauk jer..nasi bajet tu ade jual byk lauk kan.kompom murah nye..ckup sekadar nk alas perut..klu ptg lapar b4 nak balik tuh..bwk la cheddar stick tu utk ngunyah2..heeeee..cheddar stick ni bley tahan rege dia.. 6 stick dlm RM10.98 (Giant Hypermarket). Ade brand lain, Beqa, bg aku x sedap..rs loya...Brand Kraf sedapp...

Dalam ber-Atkins ni aku akan smpai thp yg aku xnk mkn byk..ckup la setakat ikan goreng rempah jer..xpon telur dadar jer..janji kenyang. so, Atkins ajar aku mkn ikut rase lapar..dan bukan mkn bila takut jadi lapar..haaaa...faham x ayat tuh? klu xfhm..ignore je ye.. jadi, aku dah jimat byk dah.. Ada sesekali tu sampai 1 thp, aku hanya nk ngunyah almond jer..cheese jer..xpun cheesecake atkins buatan sendiri (resepi opcoz bkn aku yg invent..akk2 7 abg2 utubers ler)...

ok lah..smpai sini jer entry kali ni.. next post, ermmm...T U N G G U!!











This entry was posted in

8 Nov 2015

Kisah Atkins Episode 2 : Be Atkins, Be Strong & Be Patience

Salam & Hi all, 

Semalam citer pasal cmner aku mula berniat nak ber-atkins. Episode kali ni aku nk citer cabaran dan dugaan semasa 1st day aku atkins. 

Aku start atkins 1 Oct 2015, pagi tu bersemangat tol, telur separuh masak mmg hbuan breakfast ler..sbb atkins ni ko kena lebih consume protein dan others, karbo ade limit. Pengambilan karbo dalam sehari HANYA 20gm SAHAJA. Atkins ni ade fasa2 dia. Sebelum dan semasa berAtkins ni..aku byk la dapatkan info psl diet ni..kena byk membaca!! kalau x korang akan salah faham ttg diet nih.. Jadi, aku sarankan korang yg try diet atkins ni kena byk membaca dan kumpol info taw!! jgn memandai..

Bila kita ambil mknn berprotein, aku mmg cpt kenyang, tp lepas beberapa jam, aku dah lapar balik. x sampai kol 12, aku lapar tahap tandas awam beb!! seriusly, mmg laparrrr giler!!! Aku pulak heavy mental nye kje driving ke Rembau dan Tampin wat submission files dan pelan... Air pulak aku lupe nk minum..maka..terhuyung hayang, lembik pon ade..rase x bernafas pon ade pale otak aku nih...last2 aku wasap adik aku, dak angah, tnye ae ke hal kepala aku berat semacam jer..adik aku ckp;-

"bong, aku rs ko ni kurang air, dlm atkins..ko kna byk consume air..minum air ikut berat ko, 1 liter air bersamaan dgn 25kg berat bdn. klu ko berat 65kg, ko kena consume air sbyk 2.5liter sehari. "

OOoooooo...pjg ooo..aku..patot la bdan aku lembik..aku hampir gak la terbabas kt area pedas..naseb aku sedar cepat..rase ngantuk teramat..sakit kepala pon teramat sangat...cam ade someone bertenggek belakang tengkuk ko.. maybe 1st day kot..aku x kesah agy.. aku half day kije. sbb mmg x larat langsung. air mesti byk..utk tgh hari plak, kdg2 tu aku mkn beli lauk jer...beli je lauk ikan dgn sayur..tu pon ok jer..tp ade sekali tu, aku xtau nk mkn ape..ikut dak2 opis mkn KFC..ferghh..mmg dogaan..xkan nk beli ala carte, mhl woih...maka, aku beli set snack plate gak la..air aku beli je pepsi..xkan nk tukar plak..haaaaa...korang jgn ingat aku minum pepsi tu eh.. aku mkn dgging ayam tu jer..yg kerak2 bertepung tu, aku siat2 asingkan..korang bygkan lah, selama ko idop yg bertahun2 mkn KFC, kerak tu mmg feveret kan..bila atkins..aku ibarat puasa!! DUGAAN!!! COBAAN!!! kentang putar xmkan, roti pon..coleslaw tu aku mkn ler..dah xde sayor kan..klu takut carb byk, jamah sikit jer. 

Seminggu jer Atkins, berat aku turun mendadak dari 65kg ke 60kg..turun dalam 5kg katekaw..mmg kaw2..so, fasa induction aku yg week ke -2 masih on the go...dlam nak habis fasa induction minggu ke-2 tu...tetibe jerawat naik sejibik-sejibik kat area idung..cam bernanah pon ade..riso gak aku..malam2 aku calit vicks feveret aku kt jerawat tu..korang bygkan lah, umo nak masok 30, jerawat naik mcm aku ni gadis sunti lagik..mak aih...x sanggup..ckup2 lah aku dlu berjerawat itam bagai...x sanggup aku nk berjerawat lagi..bila siasat nye siasat, jerawat tu adalah effect membuktikan atkins aku ni berjaya dan berjalan lancar..adalah jugak effect2 lain cam rasa loya makan hotdog daging dgn salas bermayonis....mase tu, aku beli 1 papan hotdog ramly..branded tu woih.tp aku mkn 2 ketul je, aku dah muak..bila hotdog tu masuk tekak aku, rs cm tekak aku ni kena geletek jer..tobat dah..mmg aku dah x beli hotdog..aku just beli chicken slices Ayamas, Saudi nye minced chicken or beef..

Sekali sekala we ol mkn la chicken wings yang atkins style..betapa nikmatnye atkiners cam aku ni dpat mkn..nak wt dia pon senang jer..tpi kena sabar la..ko marinate je dah sekian minit..ko panggang dalam oven sejam..ko nak siang bahan marinate cam garlic cincang halus tu ponnn dah sekian minit..so, apa2 pon, sabar!! Atkiners mmg blaja sabar dan tertib dalam jaga mknn diorang. hehehe.. 

Cheatday mmg hari yg hari yang atkiners cam aku dan angah tunggu..we ol klu cheatday...bkn cheat version agy dah.. version merompak..mkn xnk ngalah..mkn nk sedap2..seharian tu mkn lah mknn feveret we ol yg we ol hari2 tgk org len mkn.. klu tgk adik2 len mkn apam balik mmg terliur beb..tu belum mkn nasi lemak berlauk rendang ayam..we ol mkn rendang je aje..telur rebus..sayur kangkung celur dgn garlic cincang. Walopon cheatday, korang jgn takut..berat korang xkan bertambah mendadak dalam sehari tuh..dats y cheatday namanye..klu hari2 cheatday, alamatnya korang x atkins ler..ye dok? 

Kalau korang nk tgk menu2 atkins yg penah aku wat..nnti 1 mase aku upload wat 1 entry khas ek, tu pon resepi dri google2 aku dkt blogger2 yg penah dan sekarang mmg hardcore atkins.. kirenye dey ol ni atkiners senpai lar. 

Ok, bye~~ 

P/s.: Nak rest a bit, piyed2 ni kena rehat byk..sakit pinggang wooo..

Next episode ; Perasaan bila atkins dan effect pada self management dalam ber-atkins


This entry was posted in

Kisah Atkins Episode 1 : Terdetiknya Niat Atkins

Salam & Hi all,

Hujan lebat betul hari ni, seriusly boleh banjir kalau setiap hari hujan lebat. Waloapapun, hujan itu kan rahmat, dan jangan lupa berdoa time2 hujan ni..

Entry kali ni pasal Atkins. Pelik kan? Apo kobondo eh menatang atkins tu? Atkins ni secara simplenye adalah diet yang kena avoid semua jenis makanan dan minuman yang mngandungi karbohidrat dan gula yang tggi. Paling utama kena avoid nasi, gandum, susu, mee dan gula. Rmai yang ckp/tanya kat aku;-

"Yoi, ko diet ni..ko nak kawen ke?"

apa kejadahnye diet utk kawen? Aku sbnrnya diet sbb aku nk elak penyakit2 yang menggerunkan org muda cam aku ni, like diabetis..dll.. mama aku kan tkg urut lepas bersalin, jdi bila balik dari mengurut tu dok mengomel2 bgtau ;-

"yong, ko tu jg kesehatan, gulo jago, mkn tu kawal..ni x mama tgk baru umo 24, anak sorang dah ado koncing manih..cmno nak mengandong ramai anak??!!"

see??? muda2 lagi dah dpt kecing manis...x gerun ke korang? So, aku mengambil keputusan untuk diet Atkins. Dalam family aku, bkn aku sorang jer..adik aku yg kak ngah dah berbulan2 atkins dari aku. Maka tanggal 1 Oktober 2015 yang lalu, aku tanam azam utk cuba diet atkin ni. Atas desakan dan motivasi aku teringin nak pakai baju fashionable cam dak kak lang (adik aku yg no-3 ler!!), so, aku mesti kena kurus gak kan..at least kurus sikit jer..xde la kurus cam tiang xde isi tuh.. bak kate wan (pggilan nenek di nismilan);-

"ekaw bong, klu diet tuh, toksah la kuruih leper na, org pompuan ni x elok kuruih papan melidi, esok dah kawen susah.." 

Susah tang mana tu, aku x bpe pasti..so, tggu je la aku kawen, kompom uwan aku gtaw yer..hehehe..
Jadi, dalam pada nk diet tu..si angah mula lah dgn kata motivasi dia kat aku..atkins tu..atkins nih..maka..aku pon ok jer, ON jer nk atkins ni..sbb cik abg pon dah menjauh.. dah jarang dating..so, xde la kuar makaaaaaaannn je kije nye..(rugi klu dating x mkn sekali..rugi woo..)

Malam b4 nk start atkins, 30 Sept 2015, aku dgn angah pon pulun g McD makan feveret menu memasing..walopon angah dah lama atkins...dia byk cheat!! 

Next entry , aku akan citer kesan/effect atkins dalam sehari, seminggu dan sehingga kini..serta cabaran2 Ber-Atkins ni









This entry was posted in

Time for Updating

Salam & Hi all,

Agak lama jugak aku menyepikan diri dalam dunia blog ni..bkn ape busy upon something yang dtg bertimpa2..sejak tukar kije baru..aku mmg kurang nak amik port nak menaip blog. tapi bila pikir2 balik..apsal aku x nak teruskan ek? rmh 24 hours wifi..kodomo (lappy) ade je depan mate...sian kodomo x berpeduli..maka..hari ni, walopon bukan tahun baru...aku renew balik blog ni dgn update mcam2 entry eh.. ade gak readers yg komen..tapi aku x reply..sorry dear readers, mmg x bukak..uhuuu..

Nak citer jugak nnti dalam entry yang mendatang pasal perubahan2 yg berlaku kat aku selama 2 tahun..2 tahun kan? sejak 2013 lgi aku dah menghilang dari blog aku ni..

Anyways, stay tuned!