3 Oct 2011

::Nasib orang kita tak tahu::

Greetings!
Assalamualaikum!


Entry hari ni nk citer pasal nasib. Nasib ni mmg sesuatu yang kita x nampak secara kasar. Nasib setiap seseorang individu adalah berbeza. Nasib ko macam tu.nasib aku macam ni. (apa yang aku merepek daaa..)


Okay la..malas nk merepek bende2 remeh..aku straight to the point je la. Aku nak citer pasal workmates aku..nama dia kak ra (bkn nama sebenar). Mase we ol otw nak g cash kan check boss tadi, sempat gak la beburak dgn dgn akk ra. 


Akk ra org kelantan, dia ade 9 orang adik beradik. Anak yang ke-4. Masa dia umo belasan..mak yah dah meninggal dunia. ditambah lak dengan 3 orang abg dia pon meninggal dunia..satu per satu. Mula2 aku x nangis sadis lagi. Tapi bila dia start citer..


"akk xtau bila la..akk dapat balik kelantan tgk adik2 akk..yg sekarang ni nenek akk jaga.." katanya


aku dah sebak sikit dah.


Akk ra citer lagi. Dia citer yang dia ni nak diklasifikasikan sbg anak yatim piatu pon x buley..sbb makyah meninggal dunia mase umo dia dah ceah 18 tahun ke atas. Abang no.3 meninggal dunia je..dah rase yang tanggungjawab sbgai kakak perlu dilaksanakan. Abang no.3 dia meninggal dunia mase abang dia tu baru je mencecah umo 21 tahun. Abang no. 3 meninggal dunia disebabkan penyakit. Sampai satu tahap akk ra ni muda2 lagi dah diberi tanggungajawab untuk menguruskan kematian abang no.3 nya sendiri. Adik2 yg kat bawah dia..semua masih kecik. Pada masa tu, dialah mak..dialah ayah..dialah abang dan dia jugalah kakak. Sedih menjerut jiwa bila doktor suruh kak ra menandatangani dokumen kematian abang no.3 dia. (sobs..sobs..sedey woo..)


Dia kata dia start kije kat negeri sembilan apabila pakcik dia introduce kan kak ra ni dgn boss tmpat yg aku tgh kije skunk nih. Tambah kak ra lagi, boss mmg baik..dia suka tolong orang yg susah. Selepas kematian abang "bongsu" dia..hidup keluarga x tentu arah..yela..adik sume nye kecik2 lagi. Menurut kak ra, adik yg bongsu skunk ni umo dia 9 tahun. Itu pon dia bape ingat keadaan adik2 dia..sekolah darjah bape..tingkatan berapa..sebab dia dah lama x balik kelantan. Mase raya bebaru ade la dia balik kampung. tapi..mana la nak ingat nak survey umo adik2..bz dgn melepaskan rindu..(agak aku lar..)


Mata aku bertambah nak berair..bila kak ra kate;


"akk kdg2 jeles gak workmates lain2 ade pakwe..ade yg dah nak kawen..bertunang..tapi akk xbuley nk beri komitmen pada bende begitu..sbb akk kena uruskan adik2 akk yang sedang membesar"


aku buley lak tanye/tebiu dia lagi dengan 1 soklan;


"xkan akk xde org yg berminat ke..atau yg paham akan situasi akk?" 


"ada tu ada..walopon dia sayang kat akk..take care akk..tapi akk  dpat rase yg dia mmg x sesuai dgn akk dan hidup sekarang ni.." balas kak ra.....


warrrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhh~~~!! meraung aku dalam ati ni..nak nangis xbley..sbb dah nak sampai bank dah..kang merah mate..dah la nk cashkan check boss yg RM10K. kang ape plak org bank kate..nak security guard.hoho..

Citer kak  ra tu..rase cam citer drama korea yg tahun 2000-an plak..sedey sadis nye citer. 


Tu la kan..nasib orang kita xtau..samaada baik ke buruk ke..jadi bila aku dengar kisah kak ra dan hidupnya yang perit ni baru la aku tau kenapa kita wajib bersyukur..kenapa aku dilahirkan didalam keluarga sebegini. Kenapa aku lain dari engkau..sbb ape? sebab semua itu adalah kehendak Allah S.W.T


Oleh itu..kengkawan semua..bersyukurlah! bersyukurlah kita pada-Nya..sbb Dialah yang Paling Maha Mengetahui dan Maha Menentu.


Selamat Beramal!
Chiao!

0 comments:

Post a Comment